Majlis Solat Hajat Perdana 'Mempertahankan Kerajaan Negeri Selangor' telah diadakan di Dewan Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di Seksyen 7, Shah Alam. Majlis tersebut dianjurkan oleh Geng Ustaz Cintakan Ulamak dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor.
Majlis telah dimulakan pada jam 7:30 malam dengan solat Maghrib. Hadirin dianggarkan seramai 350 orang. Turut hadir adalah Khalid Ibrahim, Syarhan Humaizi Abdul Halim, Ketua Pemuda PAS Selangor, Iskandar Samad, Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap Exco dan ADUN Cempaka serta Sallehen Mukhyi yang merupakan Exco Negeri Selangor merangkap ADUN Sabak.
Solat Maghrib telah diimamkan oleh Ahmad Dasuki bin Rani yang merupakan seorang penceramah bebas. Selesai solat Maghrib, majlis diteruskan dengan bacaan Yassin dan doa.
Selesai bacaan Yassin, majlis diteruskan dengan ceramah atau lebih tepat lagi ucapan.
Mazly Musa, Presiden Geng Ustaz memulakan ucapan pada jam 8:40 malam dengan berdoa kepada Allah agar musuh-musuh dapat dihancurkan oleh Allah. Dia turut memohon agar kemelut yang sedang melanda negeri Selangor, diselesaikan menerusi petunjuk Allah Taala dengan baik.
Geng Ustaz merupakan sebuah NGO yang terdiri daripada golongan profesional dan tidak hanya terbatas kepada mereka yang bergelar ustaz sahaja.
5 minit kemudian, Khalid Ibrahim pula memberikan ucapan. Dia memulakan ucapannya dengan memberitahu hadirin bahawa ramai yang menasihatinya agar meneruskan kerja dan tanggungjawabnya selaku Menteri Besar Selangor tanpa perlu mempedulikan tentang permainan Anwar Ibrahim.
Malah dia turut menerangkan bahawa dia sempat bertemu dengan Nik Abdul Aziz di Kota Bharu di mana, Nik Abdul Aziz mengingatkannya bahawa di dalam politik, terdapat ramai golongan munafik dan hipokrit.
Khalid turut memberitahu, setakat ini dia telah berusaha menjalankan tanggungjawabnya sebagai Menteri Besar dengan sebaik-baiknya. Pada masa yang sama, Khalid turut mengingatkan hadirin tentang apa yang menimpa rakyat Palestin di mana perpecahan di kalangan rakyat Palestin (Hamas dan Fatah) telah menyebabkan rakyat Palestin dengan mudah ditindas oleh Zionis. Justeru, dia mengingatkan para hadirin bahawa umat Islam sentiasa dicabar dan perlu belajar daripada sejarah silam serta masakini.
Seperkara lagi yang disentuh oleh Khalid ialah, menurutnya dia telah menghantar RM1 juta yang merupakan peruntukan Kerajaan Negeri Selangor kepada penduduk Gaza. Pun begitu, Khalid tidak menerangkan kepada siapakah peruntukan tersebut disalurkan atau diwakilkan.
Selain itu, Khalid juga memberitahu para hadirin bahawa perbuatan menghina umat Islam dan Islam merupakan perkara yang paling keji. Sepatutnya ia tidak berlaku dan dilakukan oleh mereka yang bukan Islam dan telah menjadi warganegara Malaysia. Khalid mengakui bahawa dia berpegang kepada nasihat Nik Abdul Aziz agar tidak mengaibkan orang lain.
Jam 8:55 malam, Syarhan Humaizi, Ketua Pemuda PAS Selangor pula memberikan ucapan. Dalam ucapannya, Syarhan memberitahu, solat hajat itu dibuat sebagai inisiatif untuk menyedarkan ahli-ahli masyarakat bahawa Allah itu wujud dan segala-gala yang berlaku adalah menurut ketentuan-Nya. Selain itu, Syarhan turut berikrar bahawa Pemuda PAS Selangor akan berdiri teguh di bawah pendirian Presiden PAS yang mahu Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor.
Paling menarik ialah ucapan yang dibuat oleh Dr. Zuhdi pada jam 9:00 malam. Dalam ucapannya, Dr. Zuhdi menerangkan bahawa dia sebenarnya telah diserang oleh orang-orang tertentu yang dikenalpasti sebagai konco-konco Anwar Ibrahim.
Menurutnya lagi, dia telah berjaya mengesan gerakan untuk menyerang dan memalukan Presiden PAS oleh Anwar Ibrahim dengan kerjasama orang-orang di sekeliling Presiden PAS sendiri. Hal tersebut disahkan oleh wartawan-wartawan yang bertanya soalan kontroversi kepadanya.
Dalam ucapannya juga, Dr. Zuhdi menerangkan bahawa dia tidak pernah bersetuju dengan KAJANG MOVE kerana menurutnya, langkah tersebut merupakan langkah tergesa-gesa oleh Anwar Ibrahim untuk Putrajaya yang diyakini akan gagal. Anwar terlalu berteori dan banyak berangan-angan tanpa mengambil kira kekuatannya sendiri. Sikap terlalu memandang rendah terhadap keupayaan Najib Abdul Razak dan UMNO, diyakini oleh Dr. Zuhdi sebagai kegagalan total Anwar Ibrahim dalam KAJANG MOVE.
Apatah lagi, KAJANG MOVE tidak mengambil kira keputusan yang melibatkan risiko besar kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat dan PKR itu sendiri.
Pada masa yang sama, Dr. Zuhdi turut memecahkan rahsia bagaimana Anwar Ibrahim telah memujuk ADUN Behrang agar meletakkan jawatan bagi membolehkan konco-konconya bertanding. Sebagai pengundi di Behrang, Dr. Zuhdi tidak bersetuju sama sekali tindakan Anwar Ibrahim untuk menaikkan orang-orang tertentu yang dikehendaki Anwar kerana ia akan menambahkan lagi haru-biru Pakatan Rakyat.
Kalau Khalid bubar DUN, UMNO & PAS bergabung dan Iskandar dilantik sebagai MB. Itu pun kalau menang.
ReplyDeleteBehrang tu di Perak lah, bangang!
ReplyDeleteanonymous 01.25 sapa yang bangang, Dr.Zuhdi rujuk kes Dun Perak tu pun tak faham nak komen membabi buta buat apa.
ReplyDeleteTU LAHM PENGIKUT HANTU NUAR ----PALING BODOH TAK PAHAM NAK CKP BAIK KAMU NONGGENG JE
ReplyDelete
ReplyDeleteANONY 1:25 TU YG BANGANG TAPI DAH MENJADI AMALAN MENUDING JARI KPD ORANG LAEN.
KALAU TANYA APA ITU LANGKAH BEHRANG PUN DIA TAK TAU DIA BELAAN DAPIGSS.
DLM LANGKAH BEHRANG NAMPAK SANGAT SI NUAR KAKI PELIWAT KETUA PENIPU TU NK MENGKHIANATI RAKAN KONGSI SENDIRI PAS. BERKESUDAHAN JAWATAN MENTERI BESAR YG DISANDANG PAS LEPAS KPD UMNO. INILAH AMALAN KAKI PELIWAT KETUA PENIPU ITU SEMENJAK DLM UNMO LG. BAGAIMANA DIA MERAMPAS KERUSI DARI DATUK SHUHAIMY KAMARUDIN DAN GAFAR BABA.
DLM LANGKAH BEHRANG DIA CUBA MEMBAWA MASUK ORANG2 TERTENTU TERMASUK ADUN BOTA NASARUDIN MD HASHIM UNTUK MERAMPAS KERUSI MB DARI NIZAR KERANA PAS CUMA ADA 4 KERUSI SEDANGKAN PKR ADA 6 KERUSI.
ITULAH AMALAN ORANG YG SUKS MAEN BELAKANG ORANG LAEN.
SI BANGANG TU MENYALAK SEBAB KERONGKONG DIA TERCEKIK TULANG BABI.
ReplyDeleteAnon 10:50. . .
Bro. . .yg jadi mangsa cercaan dan hinaan adalah orang laen. Sehingga ada yg sanggup guling2 atas jln raya tetapi tgn yg bergelumang taek itu terlepa. Tuhan telah menghukum orang yg mencerca dan menghina itu mati dgn mata terbeliak lidah terjelir dan muka herot di halaman rumah orang yg dicerca. Tgn yg bergelumang taek itu pulak pergi terhanggok2 depan mayatnya.
Yg menjadi mangsa siapa ? Bersatulah bangsa ku. Kembalilah kpd Al Quraan dan Sunnah Nabi saw.
Bersekongkol dgn penganut al sodomi mengundang kemurkaan Nya.
Berkat sembahyang hajat dan Yassin yg dibaca Tuhan telah tunjukan kebenaran tapi kita masih membutakan mata.
Keluar lah dari kesesatan dan kembaki lah ke jln yg benar.
inilah yang terbaik.........................
Delete