Seorang lelaki berusia 59 tahun dari Pasir Puteh telah membuat laporan polis pada 9 Ogos jam 9:49 pagi tadi di Balai Polis Pasir Puteh berhubung sekeping gambar bogel yang telah diubah suai dengan meletakkan gambar kepala para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.
Antara 'wajah-wajah' yang dikesan ialah Najib Abdul Razak, Muhyiddin Yassin, Shapie Apdal, Rais Yatin, Khairy Jamaluddin, Mukhriz Mahathir, G.Palanivel, Koh Tsu Koon, Noh Omar, Chua Soi Lek dan Ng Yen Yen.
Gambar tersebut disiarkan menerusi akaun Facebook yang dimiliki oleh 'KOPI RAJA AKAR'.
Akaun Facebook KOPI RAJA AKAR dalam kebanyakan posting-postingnya condong kepada penentangan terhadap Kerajaan, UMNO dan Barisan Nasional. Isu bogel di Pulau Pinang yang melibatkan seorang guru muzik dan bekas Ketua Wanita PGRM Kedah era 80-an, turut dimanipulasikan oleh para penyokong Pakatan Rakyat dengan menuduh Kerajaan Persekutuan yang menggalakkan perbuatan lucah tersebut.
Penghinaan kepada pemimpin Melayu dan kepada Negara amnya.........perlu tindakan wajar dari pihak berwajib.........rakyat rasa malu tidak terhingga........
ReplyDelete