Pages - Menu

Thursday, 11 September 2014

AKTA HASUTAN Perlu Diperketatkan! Hukuman Gantung Sampai Mati Perlu Diperkenalkan Bersama Akta Hasutan

Aktivis pro-Akta Hasutan, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata undang-undang tersebut sepatutnya diperketatkan lagi dengan memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Beliau yang kini mengusahakan satu NGO baru dengan nama Malaysia Mempertahankan Akta Hasutan berkata beliau akan menjalankan kempen untuk mendapatkan sokongan agar akta tersebut dikekalkan.

"Akta hasutan telah menangkap dan memenjarakan mereka yang jahat mulut yang hasut rakyat sejak tahun 1948.

"Akta ini baik, kenapa nak hapus pula? Sepatutnya dikekalkan dan diketatkan lagi. Patut diletakkan hukuman gantung sampai mati kalau hasut lebih daripada tiga kali," katanya.

Peguam itu berkata, bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan akan melancarkan kempen tersebut esok.

Hasil daripada petisyen itu akan dijadikan satu memorandum yang akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong serta perdana menteri.

"Kita akan buat kempen ini secara fizikal dan maya. Kita akan buat jelajah bagi memberi penerangan tentang akta ini dan kumpul tanda tangan.

"Selepas itu kita akan serahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri. Tempoh masa kita ialah sehingga Parlimen bersidang. Masa itu kita akan serah (memorandum)," katanya lagi.

Memorandum pada Agong

Akta berkenaan setakat ini memperuntukkan hukuman maksimum denda RM5,000 dan tiga tahun penjara.

Begitupun, tekanan terus disuarakan dari kalangan pemimpin politik dan anggota masyarakat sivil agar akta yang disifatkan lapuk dan zalim itu terus dimansuhkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun semalam berkata kerajaan hanya akan "mengkaji" sama ada akta tersebut perlu dimansuhkan.

Kenyataan itu menyimpang daripada janjinya pada 2012 untuk memansuhkan akta tersebut, selepas mendapat tekanan dari kumpulan sayap kanan termasuk menteri kabinetnya.

Akta berkenaan terus menerima kontroversi susulan siri siasatan dan pendakwaan ke atas aktivis dan pemimpin Pakatan Rakyat mengikut Akta Hasutan sejak bulan lalu.

Antaranya, pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Azmi Sharom yang dituduh mengeluarkan kenyataan yang menghasut berhubung krisis perlembagaan di Perak.

Wartawan Malaysiakini Susan Loone juga disiasat mengikut akta sama minggu lalu.

Semalam, aktivis Ali Abd Jalil pula didakwa dengan tiga pertuduhan bawah akta tersebut.

10 comments:

  1. Masuk u Nak belajar ke Nak berdemo?siapa yang bangang ikut cakap pembngkng untuk hapuskan auku??

    ReplyDelete
  2. Bodohnya, kalau dah nama hasutan bukannya benda baik. Kenapa nak pi demo nak menghalalkan benda yang pada asasnya dah tak betul. Tak ada siapa larang nak bercakap pasal kebenaram dan sesuatu yang tak melanggar perlembagaan Malaysia. Apa punya mahasiswa, rasa macam pandai kot. Kita pun pernah bergelar Mahasiswa dulu. Bukan macam zaman dulu, kalau dah jadi mahasiswa macam hebat sangat. Tok sah dok perasanlah.

    ReplyDelete
  3. Formula Anwar zaman 1974 guna mahasiswa untuk membuat demo. Zaman tu, mahasiswa ni kira hebatlah, jadi orang kampung tanpa soal akan mengikut saja. Zaman dah berubah, dah berduyun-duyun orang masuk universiti. Tak ada apa nak dibanggakan sangat. Formula gunakan mahasiswa menampak kebodohan diri sendiri. Suruhlah Anwar cari formula baru pulak.

    ReplyDelete
  4. Hukum mati untuk Akta Hasutan tak perlu. Cukup sekadar PENJARA SEUMUR HIDUP. Hukum mati di dalam Islam hanya boleh di lakukan jika seseorang itu telah murtad, atau jika seseorang itu telah membunuh insan yang tidak berdosa, atau, jika penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.

    ReplyDelete
  5. Golongan golongan ini selalunya akan menaburkan fitnah merata-rata, oleh itu hukuman mati adalah perlu sebelum fitnah mereka mengorbankan lebih ramai nyawa sekiranya berlaku huru hara di dalam negara. Baik bunuh 1000-2000 orang kaki penghasut dan penjilat burit cina cina DAP daripada kehilangan negara ataupun kematian puluhan ribu rakyat yang tidak berdosa.

    ReplyDelete
  6. BELAJAR DARI NEGARA CHINA UNTUK KAWAL CINA HANYUT.

    BUKAN SEMUA CUNA MALAYSIA JAHAT.
    50% TU boleh jadi.

    CHINA HAPUSKAN PEMBERONTAK &
    FALUNGONG BELAJAR !!

    HANYA CHINA KENAL CINA.
    PASAL ITU CHINA MAHU ORANG CHINA DI MALAYSIA TAAT KPD YDP AGONG & TAK MAHU MEREKA BALIK

    ReplyDelete
  7. Saifudin & Azmi Shahrom adalah SAMPAH yang cuba mewujudkan variasi SAMPAH yang baru dalam pemikiran MELAYU bagi menunjuk hero kepada CINABENG..

    Tak ada apa2 nilai intelek pada mereka cuma bakul sampah yang cuba mengangkat diri mereka menjadi beg plastik Cinabeng, yang bakal dibuang selepas digunakan.

    ReplyDelete
  8. Dalam ada akta hasutan pun ramai yang menghasut dan dihukum. Inikan pula bila dihapuskan maka hasut menghasut akan jadi sinonim dalam kehidupan. Masa itu mana ada keamanan lagi. Gaduh sikit pun sampai berbunuhan inikan pula hasutan mengikut hati syaitan bolih meranapkan institusi kehakiman Negara dan rakyat jahat beraja dihati. Ranap Negara ini. Hukuman perlu lebih berat lagi.

    ReplyDelete
  9. saya setuju dgn akta hasutan , kalau salah gantung sampaitercabut leher

    ReplyDelete
  10. Yg takut kat akta hasutan adalah puak puak yg menghasut..itu yg mereka dok meroyan siang malam..

    ReplyDelete