MEMORANDUM TUNTUTAN AGAR LIM GUAN ENG DITANGKAP UNTUK SIASATAN KES 
PASUKAN PERONDA SUKARELA (PPS) & UCAPAN MENGHASUT DAN MEMERANGI 
POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)
TARIKH : 7  SEPTEMBER 2014
KEPADA : YANG DIHORMATI DATUK ABDUL RAHIM BIN HANAFI, KETUA POLIS PULAU PINANG
 DARIPADA : 1) GABUNGAN NGO ISLAM PULAU PINANG
    2) RAKYAT NEGERI PULAU PINANG
Berikutan
 penangkapan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) pada 31 Ogos 2014 
yang lalu, kami barisan NGO Islam Negeri Pulau Pinang (GNIPP) dan 
seluruh rakyat negeri Pulau Pinang mengucapkan tahniah kepada pihak 
Polis Diraja Malaysia (PDRM) di atas tindakan yang tegas, cekap dan 
professional yang ditunjukkan oleh pihak PDRM semasa menjalankan 
penangkapan dan mengendalikan soal siasat untuk kes tersebut. 
Kami
 menyokong penuh tindakan PDRM menangkap anggka PPS demi memaskitan 
keselamatan negeri ini terus terjamin selain memastikan keharmonian 
negeri terpeliharan dan memastikan tidak ada pihak yang boleh bertindak 
atau melakukan sesuatu yang melanggari undang-undang negara. Penangkapan
 ini membuktikan bahawa pihak PDRM tidak mengabaikan ratusan laporan 
polis yang telah dibuat sebelum ini berkaitan isu PPS. 
Namun 
begitu, setelah seminggu berlalunya penangkapan ke atas anggota PPS, 
kami mendapati pihak PDRM tidak mengambil sebarang tindakan ke atas YAB 
Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang sedangkan beliau adalah ketua 
dan pimpinan tertinggi negeri yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam 
penubuhan dan pergerakan PPS ini.
Justeru pada hari ini kami 
ingin mendesak agar pihak PDRM mengambil tindakan tegas terhadap Lim 
Guan Eng dengan menangkap beliau dengan kadar segera atau dua faktor:
1) Selaku
 Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah orang yang 
bertanggungjawab meluluskan penubuhan PPS, meluluskan dana dan 
peruntukkan wang Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada PPS dan beliau 
adalah orang yang terlibat secara langsung dalam merancang pergerakan 
dan hala tuju PPS. 
2) Beratus laporan polis telah dibuat 
berkaitan ucapan berbaur hasutan oleh Lim Guan Eng yang cuba menghasut 
rakyat membenci Ketua Polis Negara khususnya dan PDRM amnya. Ucapan Lim 
Guan Eng ini boleh mencetuskan hura-hara dan mengganggu-gugat keamanan, 
keselamatan dan kesejahteraan negara. 
Oleh yang demikian, kami 
berharap PDRM dapat menggunakan peruntukan undang-undang yang ada 
termasuk Akta Hasutan 1948 , Akta Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 1958 
atau akta-akta lain yang berkaitan untuk menangkap Lim Guan Eng dengan 
kadar segera dan mendakwa beliau di mahkamah.
#Kekalkan Akta Hasutan
# Kembalikan ISA
#Hidup PDRM

Sumbat je si Cina DAP dalam penjara.
ReplyDelete