Antara yang paling kuat menghasut bagi penghapusan raja-raja Melayu dan mewujudkan Republik di Malaysia adalah Wan Ji Al-Bakistani, yang juga penyokong kuat Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Terdapat banyak bukti yang melibatkan Wan Ji berusaha menerangkan peri penting penghapusan sistem raja-raja Melayu di Malaysia dan digantikan dengan sistem Republik.
Menariknya, Wan Ji yang dilabelkan sebagai seorang pendakwah, turut menyenaraikan tempoh masa penghapusan sistem beraja di Malaysia dan dia cukup yakin bahawa teorinya itu akan berjaya.
Latar belakang akademiknya dalam bidang siyasah telah digunakan untuk tujuan tersebut bagi mendapatkan keyakinan serta sokongan yang lebih meluas. Walaupun di dalam Islam, tiada sebarang larangan bagi sebarang sistem pentadbiran sepertimana yang cuba diperdagangkan oleh golongan anarki di Malaysia, namun oleh kerana dangkal dan jahilnya ilmu pengetahuan, membuatkan ramai penyokong anarki di Malaysia membenci dan menganggap sistem beraja sebagai satu dosa.
Menurut sumber, Wan Ji ketika disoalsiasat oleh seorang pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah, tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan membabitkan tentangannya kepada raja. Kesilapan terbesarnya ialah dia memandang rendah pengetahuan pegawai polis tersebut yang sebenarnya seorang mualaf. Wan Ji hanya mampu tersenyum dan tunduk apabila hujahnya dibalas dengan mudah dan soalan yang diberikan kepadanya berhubung beberapa permasalahan agama, terutama sekali melibatkan bidang siyasah.
Hari ini, Wan Ji yang begitu garang dan dilihat rapat dengan bekas Mufti Perlis, Asri Zainal Abidin, telah ditangkap dan bakal dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghasut. Penangkapannya sedang dihebohkan dan PKR cuba menjadikan isu penangkapan Wan Ji sebagai satu isu menaikkan semangat untuk mereka menentang PDRM dan Raja-Raja Melayu.
muka Nampak islam tapi hati dan diri sudah sah jadi setan pengkhianat agama bangsa dan negara
ReplyDeletewan ji ni kalau cakap kasi ceramah..sembang mcm bagus2 je..kira pakai ketayap..sembang sket ayat quran hadis pebagai..kira terer la..puiii....walhal..cakap mcm org mabuk ketum. kalau jumpa..layak diludah je.
ReplyDeleteboleh katakan semua ustadz dan penceramah agama memang guna pendekatan 'kitar semula' iaitu sejak 40 tahun dulu, asyik-asyik ayat quran dan hadis yg sama dipergunakan dan disebut-sebut oleh mereka-mereka ini. padahal ada 6666 ayat dlm quran dan berpuluh ribu hadith. tangkap satu dua ayat, goreng sikit, dapatlah duit. bila timbul masalah umat, mereka ni tak dapat pun sebut ayat quran atau hadith yg relevan bagi menangani isu, sebab rupanya mereka tak baca quran sepenuhnya dan tak baca hadith sepenuhnya. sedangkan dlm quran kita disuruh kembali kpd quran dan hadith kalau ada perselisihan. kalau dah tak baca dan ingat banyak hadis, macamana nak selesai isu berasaskan quran dan hadith. akhirnya mereka guna otak sendiri goreng-goreng untuk sekesaikan masalah. kononnya dah pandai lah tu.
ReplyDeletemodal air liur saja..dapat bayaran lumayan.. bila bekerja selalu ponteng ..pemalas nak mampuss..
Deletekadang2 kita tengok ada ustaz/pendakwah ni ilmunya setakat secawan tapi lagaknya mcm satu tempayan besar...ckp ikut sedap mulut langsung tak timbang reality keadaan sebenar.
ReplyDeleteKerajaan beraja telah wujud sejah sebelum kerasulan Muhamad saw lagi. Dan nabi saw tidak pernah mengajar umatnya memerangi raja pemerintah walau adil atau pun tidak. Cuma raja yang tidak adil itu harus dinasihati bukan dirampas takhtanya.
ReplyDeleteInikan pula kesultanan Tanah Melayu ini beraja berpelembagaan yang mengawal hal Ihwal Islam dan Negara pula ditadbir olih PM dilantik olih majority rakyat. Nyata perbuatan itu melanggar kehendak agama Islam itu sendiri. Bacalah Alquraan dan fahamilah isikandungnya nescaya jawapan tentang kerajaan beraja dalam Islam ada disana.