Pages - Menu

Monday, 15 September 2014

Kerana Terlalu Terdesak, PAS Heret Juga NIK AZIZ Yang Sedang Uzur Untuk BerkempenDi


Di kalangan ahli-ahli dan penyokong PAS, Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat dianggap sebagai 'KERAMAT HIDUP'. Kalau sudah terdesak sangat, Nik Aziz akan diusung, diseret dan diminta memberikan pendapat kerana menurut mereka, kata-kata Nik Aziz akan memberi kesan yang mendalam, sekaligus menarik sokongan besar kepada calon PAS.

Itu yang berlaku di Pengkalan Kubor. Nik Aziz yang diketahui sedang menderita barah prostat dan terpaksa mengusung beg berisi air kencingnya ke sana ke mari, masih lagi diusung oleh PAS untuk memberikan ceramah. PAS tidak peduli dan tidak menghormati Nik Abduh, anak Nik Aziz yang sebelum ini telah meminta agar bapanya dikecualikan daripada sebarang kempen dan ceramah memandangkan kesihatannya yang semakin menurun.

PAS yang meletakkan calon PASMA untuk bertanding di DUN Pengkalan Kubor sedar, mereka perlu menggunakan segala senjata yang ada untuk mengalahkan calon Barisan Nasional. Disebabkan itulah, Nik Aziz amat diperlukan dan ditagih khidmatnya walaupun keuzurannya kelihatan jelas menerusi raut wajah dan pergerakannya.

Seperti biasa, orang politik seperti Nik Aziz tidak akan menolak pelawaan untuk berucap atau memberikan ceramah. Apatah lagi setelah dipujuk dan diberitahu calon PAS di Pengkalan Kubor tidak mempunyai peluang besar untuk menang, memandangkan terlalu banyak masalah yang tidak ditangani oleh Kerajaan Negeri dari zaman Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan sehinggalah ke zaman Ahmad Yaakob.


Agak menarik ialah kempen-kempen yang dibuat oleh PAS, kebanyakannya menyalahkan Kerajaan Pusat yang dikuasai oleh UMNO sekalipun masalah-masalah yang mereka bangkitkan itu adalah masalah Kerajaan Negeri menerusi kelemahan PBT dan Kerajaan Negeri sendiri.

Contoh paling ketara adalah jalanraya dan longkang. Begitu juga dengan peluang pekerjaan yang amat terhad kerana aktiviti utama Kerajaan Negeri hanyalah ceramah dan kempen politik. PAS juga cuba membangkitkan tentang longkang dan benteng di Sungai Golok yang bertujuan mengatasi masalah banjir, sedangkan sangat jelas, itu sepatutnya menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri, bukannya Kerajaan Pusat.

Justeru, tidak menghairankan apabila PAS terpaksa mengheret Nik Aziz untuk terus membuat retorik agama bagi memastikan masalah-masalah yang gagal diatasi oleh Kerajaan Negeri, dilupakan dan para pengundi Pengkalan Kubor terus hanyut dengan cerita-cerita syurga!

5 comments:

  1. undi PAS makna nya masuk syurga? nauzubillah...

    tetapi hakikatnya adalah;

    amal soleh yang kita lakukan selama kita masih hidup!

    ReplyDelete
  2. Kita masuk syurga dengan kasih sayang ALLAH s.w.t.... amalan kita semata - semata kerana menurut perintah ALLAH s.w.t tidak membawa apa apa kesan kepada kita.. jadi tidak perlulah berbangga dengan amalan yang dilakukan..Beramalah kerana ALLAH s.w.t

    ReplyDelete
  3. Pangkah Pas masuk syurga...
    apa Allah blh buat klw Nik Ajis dah kata boleh masuk syurga??
    jauh sgt dah sesat tu...

    ReplyDelete
  4. nik Aziz pencen lah, cukup lah berpolitik...23 tahun berpolitik tak bawa apa kebaikan pun, yang napak umat berpecah belah, ugama di jual, maksiat di Kelantan bertambah, ..bukan ke ini KPI kepada PAS punya performance...KPI yang patut di set oleh PAS ialah..Ugama menjadi ad-deen, umat bersatu, ekonomi Kelantan baik, rakyat Kelantan ada kerja tak perlu hijrah, maksiat di Kelantan berkurangan dan ada target zero maksiat di Kelantan by year 2020 dengan ada perancangan tertentu, pelaburan meningkat, hasil negeri melalui pertanian meningkat...tapi itu semua yelak...maju kah Kelantan bawah PAS 23 tahun bersama nik Aziz..

    ReplyDelete
  5. umno sengalll!!!!!

    ReplyDelete