Pages - Menu

Saturday, 13 September 2014

NAIB PENGERUSI PKR JOHOR Ditahan Polis Buat Kali Kedua Kerana Hina DYMM Sultan Selangor


Seorang lagi penghasut telah ditahan oleh polis di bawah Seksyen 9 Akta Hasutan 1948 pagi ini. Laporan polis tentang hasutan tersebut telah dibuat di Shah Alam dan Kapasong.

Si penghasut tersebut adalah Hasan bin Abdul Karim yang beralamat di No.55B, Kampung Melayu Pontian Besar Kiri, , Pontian, Johor dan bekerja sebagai seorang peguam. Hasan bin Abdul Karim juga adalah Naib Pengerusi PKR Johor.

Tangkapan telah dibuat di rumah Hasan lebih kurang jam 11:30 malam tadi melibatkan empat orang pegawai polis dengan dua daripada mereka adalah dari Jabatan Forensik Digital Cybersecurity Malaysia.

Turut dirampas adalah sebuah telefon bimbit model GT-19300, memori kad, laptop dan simkad bagi tujuan siasatan di bawah Akta Hasutan 1948.

Hasan ditahan ekoran laporan polis ke atasnya setelah dia membuat kenyataan di Twitter yang menghina DYMM Sultan Selangor dan berbaur hasutan. Dia menggunakan akaun Twitter bernama @HAKARIM51.

Laporan polis pada 15 Ogos 2014 lalu dibuat berdasarkan kenyataannya seperti berikut:

"Sultan jenis apakah ini? Ketika Selangor dalam krisis serius dia lari ke luar negeri."

"Kerajaan Khalid di Selangor sekarang kerajaan haram, exco pun haram, keputusan mesyuarat haram, gaji pun haram. Istana sokong benda haram?"

"Sultan Selangor perlu belajar dari Sultan Perak yang lalu. Khalid pun begitu. Kena baca penghakiman mahkamah persekutuan dalam kes Nizar v Zambry."

Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Pada 29 Ogos lalu, Hasan telah ditangkap dan disoalsiasat di IPD Shah Alam, tetapi memilih untuk mengunci mulut dan enggan menjawab sebarang soalan ketika disoalsiasat. (BACA DI SINI)

Sepatutnya malam nanti, Hasan terlibat dalam satu forum yang akan menghasut rakyat Johor untuk bangkit memberontak dan menghapuskan Akta Hasutan dalam sebuah forum yang bertajuk, "AKTA HASUTAN: SIAPAKAH MANGSA SETERUSNYA?".

Namun penangkapan ini telah menyebabkan dia terpaksa menarik diri kerana dia akan bersoal jawab. Paling menarik ialah apabila Hasan juga dijangka akan menutup mulut dengan ditemani oleh peguamnya selain dia mengharapkan dia juga akan bernasib baik seperti di Shah Alam pada 29 Ogos lalu apabila dibebaskan tanpa dikenakan sebarang ikat jamin atau bon jaminan.

7 comments:

  1. mana tak haram pakatan rakyat pun haram

    ReplyDelete
  2. suruh sultan selangor ikut sultan perak dulu tp bukankah waktu sultan perak dulu buat keputusan mereka juga yang marah2 menentang siap berguling2 kat jalan...skrg suruh ikut pl...pelik pemimpin pkr ni..keputusan yg tak sebelahi mereka tak kisah dr sultan ke dr mahkamah ke semua mereka tentang...pelik sgt diorg ni...bubarkanlah parti pkr ni, malaysia aman tanpa parti pemecah belah rakyat ni...pas yg dulu kuat sifat wala pd pemimpin skrg dah terbelah dua angkara parti pkr ni...apa nak jadi la.

    ReplyDelete
  3. Kenapa asyik melayu aje ditangkap dan didakwa. Setahu aku ramai cina dan india yang hina raja2 melayu tapi masih bebas.Pelik tapi benar.

    ReplyDelete
    Replies

    1. BRO. . .GUA PUN MELAYU. GUA PUNYA KAWAN PUN MELAYU. KITA ORANG TAK KENA TANGKAP PUN.

      Delete
  4. Itulah... bidalan Melayu ada menyebut.... Cakap Siang Pandang-Pandang, Cakap Malam Dengar-Dengar.... kalo X paham... belajar.

    ReplyDelete
    Replies

    1. SETJU BRO. KALAU MALAS BELAJAR JGN BERLAGAK PANDAI.

      Delete
  5. melayu hantam melayu.. keling ketawa joget joget.. cine senyum sumbing je... knape?? sbb cine kate biar melayu bergaduh india tukang sorak.. apepe hal.. cine pasti menang...

    ReplyDelete