Beberapa hari lepas, para penyokong Pakatan Rakyat buat bising tentang kewujudan VCD yang kata mereka, dibuat oleh UMNO-BN untuk menfitnah Pakatan Rakyat (PAS) dalam kempen PRK DUN Pengkalan Kubor.
Bagaimanapun, isi kandungan VCD tersebut selari dengan apa yang disebutkan oleh ADUN Meranti yang juga merupakan salah seorang Exco Kelantan, Mohd Nasaruddin Daud dalam ceramahnya di UPU Simpangan pada Ahad lepas.
Dalam ceramahnya, Mohd Nasaruddin Daud menyatakan, Kerajaan Malaysia telah membayar royalti minyak kepada Thailand kerana mendaratkan minyak di negara tersebut. Royalti tersebut kemudiannya digunakan oleh Kerajaan Thailand untuk memerangi pejuang-pejuang pemisah di Selatan Thailand.
Seorang lelaki yang merupakan seorang peniaga kecil-kecilan telah membuat laporan polis apabila menemui satu bungkusan mengandungi CD dan sehelai kertas yang mengandungi butiran penceramah di hadapan Masjid Chenderong Batu, Wakaf Bharu, Tumpat. Penceramah yang dipaparkan di dalam CD tersebut adalah Ahmad Fadhli Shaari, Ketua Pemuda PAS Kelantan.
Berdasarkan maklumat dari CD tersebut, Kerajaan Barisan Nasional dikatakan telah bertindak menzalimi rakyat Kelantan dan tidak mematuhi undang-undang isu royalti, padahal, isu royalti masih lagi dalam perbicaraan di mahkamah.
Isu royalti merupakan antara isu yang paling banyak dan digemari oleh para penceramah PAS memandangkan kebanyakan rakyat Kelantan kurang memahami isu sebenar, apatah lagi mereka telah disekat daripada pelbagai maklumat yang menerangkan perkara sebenar.
Itulah resmi kehidupan seorang pas... kalau tak tabur fitnah, makan dan hadam fitnah... fitnah bagi pas adalah resmi kehidupan... mana yang kata islam nyerrrr??
ReplyDelete