Pages - Menu

Tuesday, 2 September 2014

POLIS Tidak Akan Layan Momokan Lim Guan Eng

Lim Guan Eng cuba bermain politik dalam isu PPS. Tidak sahaja cuba menimbulkan provokasi terhadap PDRM dan Ketua Polis Negara, tetapi juga menggunakan isu tersebut sebagai kejayaan politik peribadinya apabila mencabar Ketua Polis Negara berdebat dengannya selain menuntut Polis Pulau Pinang untuk ke pejabatnya bagi membincangkan isu PPS.

Ini jawapan daripada Ketua Polis Pulau Pinang, Abdul Rahim Hanafi.

"Polis Pulau Pinang menolak unutk membincangkan dengan Kerajaan Pulau Pinang berhubung kontroversi membabitkan PPS. Kami akan meneruskan siasatan kerana PPS beroperasi secara haram."

Abdul Rahim turut menegaskan bahawa isu perbincangan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhubung isu tersebut tidak timbul. Polis menurutnya bertindak secarah sah, bukannya berdasarkan politik sebagaimana tuduhan Lim Kit Siang dan pecacai DAP yang lain memandangkan PPS bukanlah sebuah pertubuhan berdaftar.

"Polis mengendalikan perkara ini berdasarkan kepada perundangan. Kami tidak akan mengadakan perbincangan atau memberikan nasihat kepada PPS untuk menghentikan operasi."

Menurut Abdul Rahim lagi, polis akan terus menyiasat PPS di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan sekalipun PPS menghentikan operasi mereka kerana PPS telah pun melakukan kesalahan.

Merujuk kepada rungutan Pengerusi PPS, Phee Boon Poh bahawa dia telah dilayan seperti penjenayah sewaktu ditahan di Balai Polis Datuk Keramat, Abdul Rahim berkata, itu adalah pandangan peribadi Phee.

Abdul Rahim menegaskan, polis telah memberikan Phee dan ahli-ahli PPS yang ditahan dengan sebaik-baik layanan mengikut standard prosedur operasi yang digunakan untuk mereman tahanan.

Kertas siasatan PPS akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwaraya pada esok pagi. Kesemua tahanan PPS telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Abdul Rahim turut mendedahkan empat orang anggota PPS yang ditahan pada Ahad lalu, disyaki mempunyai kesalahan dadah dan akan disiasat di bawah Akta Dadah Merbahaya.

1 comment:

  1. PDRM telah jadi jaguh. Kami rakyat merasa macam terbela bila PDRM lebih mantap bertindak membasmi anasir subversive . Jangan lupa juga teruskan tindakan anda PDRM kepada siapa saja individu yang berniat merendahkan keduduka raja-raja , menghasut rakyat membrontak dengan demontrasi jalanan, mempersoal tanggungjawab PDRM sendiri, menghina Islam dan lumpuhkan sendikit judi dan pelacuran dan pesta2 lucah . Kerat lidah siapa saja yang kata kat polis 'ANJING UMNO'.

    ReplyDelete