Pages - Menu

Thursday, 25 September 2014

SEKITAR Jam-Jam Terawal Hari Pengundian PRK Pengkalan Kubor





Jam 8:00 pagi: Menteri Besar Kelantan turut mengiringi calon PAS ke Pusat Mengundi di SK Bendang Pak Yong dan calon selesai mengundi pada jam 8:15 pagi.

Jam 8:25 pagi: Jalan dari Telaga Bata ke SK Bunohan sudah mulai sesak.

Jam 8:33 pagi: Di PDM Kg. Ketil (SK Pengkalan Kubor 2), kempen PAS kelihatan lebih agresif berbanding BN di Pusat Pembuangan Undi. PAS menggunakan plakad GST dan Royalti bagi meraih undi apabila pengundi melintasi barong PAS.

Jam 8:33 pagi: Di PDM Tujoh, peraih undi BN lebih kurang 120 orang dan PAS pula lebih kurang 80 orang. Masing-masing agresif untuk meraih undi. Walau bagaimanapun, keadaan baik dan terkawal.

Jam 8:33 pagi: PDM Kampung Geting, peraih undi BN lebih kurang 20 orang dan PAS lebih kurang 15 orang. Keadaan terkawal. Laluan trafik lancar di jalan utama dan lorong masuk ke lokaliti.

Jam 8:45 pagi: PDM Teluk Jering (SK Teluk Jering, lebih kurang 25 orang peraih undi PAS telah memenuhi bahu jalan ke pusat mengundi Teluk Jering. Jentera BN pula lebih kurang 30 orang juga dilihat bergerak aktif. Keadaan cuaca cerah. Laluan trafik lancar.






Jam 8:47 pagi:  PDM Pengkalan Kubor, peraih undi lebih kurang 80 orang dan BN lebih kurang 50 orang. Jalan utamake tempat pembuangan undi sesak teruk. Polis trafik telah diatur untuk melancarkan lalu lintas.

Jam 9:00 pagi: PDM Teluk Jering (SK Kg. Geting) Lebih kurang 100 orang peraih undi PAS dan 100 orang pengundi BN telah memenuhi bahu jalan ke pusat mengundi Kg.Geting. Jentera BN dan PAS bergiat aktif tetapi terkawal. Laluan trafik masih lancar walaupun keadaan jalanraya sesak.

Jam 9:04 pagi: PDM Bunohan, terdapat dua kmpulan perayu undi parti bertanding. Di hujung sebelah kiri SK Bunohan dan satu lagi di hujung sebelah kanan SK Bunohan (berhadapan masjid). Perayu undi kedua-dua parti bertanding lebih agresif di penjuru sebelah kiri SK Bunohan. Penjuru sebelah kiri SK Bunohan dikuasai oleh perayu undi BN dengan jumlah mereka adalah lebih kurang 70 orang berbanding PAS, lebih kurang 10 orang.

Jam 9:20 pagi: PDM Kampung Geting, sehingga jam 9:00 seramai 247 daripada 338 orang pengundi telah menyemak daftar undi mereka di pondok BN. Aliran pengundian berjalan lancar.

Jam 9:22 pagi: PDM Kedai Geting, terdapat dua kumpulan perayu undi dari parti yang bertanding. Peraih BN di hujung sebelah kanan SMK Geting dan PAS di sebelah kiri SMK Geting (berhadapan sekolah). Perayu dan peraih undi kedua-dua parti sama-sama agresif menarik pengundi. Jumlah lebih kurang 50 orang perayu BN manakala perayu undi PAS pula sekitar 20 orang.
 






Jam 9:45 pagi: PDM Pengkalan Kubor, berlaku sedikit kekecohan di kalangan peraih undi dari kedua-dua parti yang bertanding di PDM Pengkalan Kubor kerana diletakkan bersebelahan antara satu sama lain. Pihak berkuasa telah berjaya mententeramkan keadaan dan menasihati kedua-dua belah pihak agar menjarakkan kumpulan mereka sejauh 2 meter. Keadaan terkawal

Jam 10:16 pagi: Punca kesesakan dari MRSM ke Geting telah dikenalpasti. Pertama, kenderaan diletakkan di jalan sepanjang jalan ke MRSM. Kedua, lampu isyarat Geting yang tidak efektif. 

Jam 10:18 pagi: Anggota polis trafik berjaya menyuraikan kesesakan dari Tumpat ke MRSM.

Jam 10:38 pagi: Berdasarkan maklumat, seramai 60 orang pengundi Cina PDM Pengkalan Kubor dan Kg.Ketil telah keluar mengundi. Manakala di Jubakar pula, sehingga artikel ini ditulis, jumlah pengundi Cina yang telah keluar mengundi adalah 28 orang. 







laporan lanjut akan menyusul

No comments:

Post a Comment