Minggu lepas, Susan Loone, wartawan kanan Malaysiakini menghentam Lim Guan Eng. Sebelum itu, Susan Loone adalah penjilat dan penyokong tegar Lim Guan Eng. Semalam, Susan Loone 'membayar' dosanya dengan ditangkap di bawah Akta Hasutan setelah mendedahkan pembohongan Phee Boon Poh, Pengerusi PPS yang mengadu kononnya dia telah dizalimi dan diberikan layanan selayak haiwan di dalam lokap.
Susan Loone telah ditahan di bawah Akta Hasutan berhubung artikelnya yang memaparkan temuramahnya dengan Phee Boon Poh. Dia kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis pada 11:45 malam, hampir sembilan jam selepas dia mula-mula tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk disoal siasat jam 3:00 petang semalam.
Susan Loone dikehendaki melaporkan diri ke IPD itu pada 3 Oktober. Polis turut merampas telefon mobilnya sebagai sebahagian daripada siasatan.
Menurut Loone, polis telah mengambil cap jarinya dan meminta dia menandatangani dokumen yang mengatakan dia telah ditahan. Dia cuba menimbulkan kekeliruan dengan mengatakan, walaupun ditangkap, dia telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Dalam reaksi balas, Ketua Editor Malaysiakini Fathi Aris Omar mengecam penangkapan tersebut.
"Siasatan ke atas Susan Loone merupakan tindakan mengancam pengamal media yang menjalankan tugas mereka sebagai wartawan. Tiada sebarang keperluan untuk melakukan sebarang soal siasat atau menamakan Loone sebagai suspek," katanya.
"Malaysiakini melihat perkembangan ini sebagai salah satu cara serangan ke atas kebebasan media. Loone bukan sahaja disoalsiasat, telefon mobilnya turut dirampas. Ini betul-betul melampau."
Loone dan Malaysiakini disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 kerana menerbitkan temubual dengan Phee yang dilihat sebagai usaha menghasut. Phee ketika ditemubual, berada dalam tahanan polis merupakan Pengerusi PPS dan Exco Negeri Pulau Pinang.
Phee Boon Poh yang juga ADUN Sungai Puyu turut akan dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung perkara yang sama.
Polis bertindak selepas menerima 10 laporan polis pada Selasa oleh PERKASA dan 13 orang individu yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Perwakilan Pakatan Melayu Pulau Pinang'. Kumpulan tersebut diketuai oleh Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang, Mohd Rizuad Azudin yang menggesa polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Loone dan Malaysiakini kerana menfitnah PDRM dalam sebuah artikel berjudul, "Disoalsiasat selama 4 jam, dakwa dilayan seperti penjenayah" yang diterbitkan pada hari Isnin.
Artikel dalam Bahasa Melayu itu merupakan terjemahan daripada artikel Loone dalam Bahasa Inggeris bertajuk, 'Exco man grilled for four hours, treated like criminal,' yang turut diterbitkan pada hari Isnin.
Menurut Loone, artikel tersebut adalah berdasarkan kepada temuramahnya dengan Phee pada jam lebih kurang 1:30 pagi ketika Phee ditahan di Balai Polis Jalan Patani. Loone menegaskan, dia hanya menjalankan tugasnya sebagai wartawan. Semua yang ditulisnya adalah maklumat daripada Phee Boon Poh sendiri.
Dalam artikel tersebut, Phee mengadu tentang pengalamannya disoalsiasat dan memberitahu polis telah melayannya dengan baik kerana mereka adalah 'mangsa keadaan', sama seperti dirinya sendiri. Phee telah ditahan selama 24 jam pada hari Ahad lalu. Dia adalah Pengerusi PPS yang telah diisytiharkan sebagai pertubuhan haram dan tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.
Phee dan 155 orang anggota PPS telah ditahan selepas mengambil bahagian dalam Perarakan Hari Merdeka di Esplanade pada hari Ahad dan dibebaskan dengan jaminan polis pada hari Isnin.
Kesemua mereka telah disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 kerana terbabit dalam aktiviti-aktiviti haram, selain pertubuhan rahsia.
Polis mula bertindak selepas Lim Guan Eng dengan penuh angkuh mencabar Ketua Polis Negara menangkap ahli-ahli PPS. Lim Guan Eng turut mencabar kuasa Ketua Polis Negara serta kewujudan dan fungsi PDRM selain menegaskan, PDRM tidak mempunyai kuasa untuk menangkap atau mengisytiharkan PPS sebagai pertubuhan haram kerana ia berada di bawah kuasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Cina Cina sial balaci DAP dan anwar babi sial mesti dihapuskan pada kadar segera sebelum negara dihancurkan.
ReplyDeleteMalaysiakini patut di ambil tindakan dan tutup dari dulu lagi.Kebebasan media kepala hotak dia. Bila Nasruddin PAS tanya soalan kepada LGE,dia disaman. Itu tak nak bising pulak.Rupa-rupanya ada juga Melayu barua cina dalam Malaysiakini.
ReplyDelete
ReplyDeleteKASI KAKU INI SEMUA PETUALANG.