Pages - Menu

Wednesday, 10 September 2014

ZUHDI MARZUKI Desak Anwar Ibrahim Berhenti Daripada Melakonkan Aksi Filem Hindustan dan Tamil!

Anwar Ibrahim diminta agar menghentikan drama Hindustan atau filme Tamil yang seringkali digunakan untuk menarik sokongan seramai mungkin. Dr. Zuhdi Marzuki menggelarkan krisis Menteri Besar Selangor yang diwujudkan oleh Anwar brahim sebagai sebuah putar belit filem Bollywood.

Dalam postingnya di Facebook, Mohd Zuhdi Marzuki turut menggesa agar Anwar Ibrahim menamatkan drama Hindustan itu. Dan lebih menarik lagi ialah apabila, walaupu Zuhdi memuji Wan Azizah sebagai seorang isteri mithali, Zuhdi bagaimanapun memperkukuhkan kenyataan yang dibuat oleh Hadi Awang bahawa WanAzizah bukanlah seseorang yang mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk memimpin.

"Sekarang bukanlah masanya untuk mengaut simpati masyarakat yang mana berjaya dilakukan oleh Wan Azizah pada tahun 1999 sewaktu era reformasi (selepas suaminya disumbat ke dalam penjara). Ini adalah masanya untuk mempamerkan kemampuan dan contoh kepimpinan di Selangor.

"Rakyat mahu melihat Menteri Besar yang hebat, telus, mempunyai skil dan bijaksana untuk menguruskan negeri selepas (Menteri Besar sekarang) Abdul Khalid Ibrahim meletakkan tanda aras yang tinggi (untuk pentadbiran)," katanya.

Berbeza dengan dakwaan bahawa kenyataan Hadi Awang adalah memperkecil-kecilkan Wan Azizah selain bersikap chauvinis, Zuhdi berkata kenyataan Presiden PAS itu merupakan satu sanjungan kepada Wan Azizah.

"Saya tidak melihatnya sebagai satu penghinaan sebaliknya penghormatan dan penghargaan kepada Wan Azizah kerana menjalankan tugasnya sebagai 'isteri mithali," kata Zuhdi lagi.

Menurut Zuhdi lagi, sekiranya terdapat anugerah 'isteri mithali', tidak syak lagi orang yang paling sesuai untuk anugerah tersebut adalah Wan Azizah. Menurutnya, Wan Azizah mungkin mempunyai kebolehan dan kelebihan pada bidang lain, tetapi bukannya dalam hal-hal kepimpinan. Sehinggakan musuh-musuh Anwar, katanya, sangat mengkagumi Wan Azizah selain bersimpati dan hormati serta tidak menjadi sasaran serangan.

Bagaimanapun, Zuhdi berpendapat, cubaan untuk menjadikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor telah mencemarkan reputasi dan penghormatan kepadanya.

5 comments:

  1. zuhdi marzuki pon macam aku gak suka filem keling

    ReplyDelete
  2. Anuar Belacan Bau Taik

    ReplyDelete
  3. 48 hari lagi ke penjara sg buluh

    ReplyDelete
  4. dia sangup jadi isteri macam tu apa salahnya ! istri mithali biasanya memimpin suami kejalan yang diradhai bukannya membiarkan suaminya terjun kedalam neraka...

    ReplyDelete

  5. KALAU LAKI DIA BAGI TAU BINI DIA NAK JADI MB SELANGOR PADA LIMA PULOH JANUARI PATUT BINI DIA SUMBATKAN JE LAKI DIA MASUK TG RAMBUTAN. KALAU LAKI DIA NK KENA SUMBAT KT SG BULOH BINI DIA SUMBATKAN DLM TG RAMBUTAN.

    ReplyDelete