Siapa tangan ghaib di belakang pusat-pusat perjudian haram yang sangat berleluasa di Sabah?
Ekoran pendedahan media massa tentang 'amukan' SPRM selepas beberapa orang pegawai SPRM sendiri ditangkap kerana disyaki terlibat dengan rasuah, suruhanjaya tersebut mula membongkar beberapa kegiatan rasuah yang membabitkan anggota-anggota dan pegawai-pegawai polis.
Sebelum ini, di Kota Kinabalu sahaja terdapat lebih dari 80 pusat perjudian haram, bahkan hampir semua bandar-bandar besar di Sabah seperti Penampang, Tawau, Sandakan dan Keningau mempunyai antara 50 sehingga 60 pusat perjudian haram.
Namun selepas SPRM mengamuk, tiba-tiba sahaja pusat-pusat perjudian haram tersebut tutup dan seolah-olah telah bungkus!
Siapa sebenarnya yang menjadi dalang dan tangan ghaib di belakang pusat-pusat perjudian tersebut? Apakah tangan-tangan ghaib dan tok-tok dalang yang mungkin mempunyai pangkat besar dalam institusi penguatkuasaan undang-undang berasa terancam sekiranya, mereka akan menerima nasib yang sama seperti rakan-rakan mereka yang ditangkap kerana rasuah membabitkan balak, minyak diesel seludup dan sebagainya?
Apakah penutupan-penutupan tersebut sekadar satu tindakan berlakon, memandangkan maklumat juga memaklumkan bahawa pusat-pusat judi haram tersebut, masih beroperasi biarpun secara 'curi-curi'?
Selama ini, pendedahan membabitkan perjudian haram, pelacuran, pemerdagangan manusia, seludup diesel, penyeludupan barangan keperluan bersubsidi, pembalakan haram, perlombongan haram dan sebagainya, lebih banyak tertumpu di Semenanjung, manakala Sabah dan Sarawak seringkali 'diabaikan'.
Siapa sebenarnya yang menjadi dalang?
Isu seterusnya akan mendedahkan tentang modus operandi, gambar-gambar pusat perjudian haram yang mempunyai kaitan dengan 'dalang-dalang' berkenaan serta individu-individu yang bertindak sebagai pelindung kepada kegiatan-kegiatan haram berkenaan menerusi bukti-bukti bergambar.
Nantikan pendedahan selanjutnya.
Tafsiran tu tak betul ...
ReplyDeleteTakkan Sabah je yang tutup. Kenapa negeri negeri lain masih beroperasi ...
Patut dah ada domino effect.
Tiada pun tutup itu tampat misin kuda kuda di Tawau ini. Tambirang saja punya sarita ini. Punya banyak buka. Itu towkey dis orang orang basar bah. Ndak kan korang inda tau. Tansri liew, datuk chin, pohchai, fung rambo chin. Semua kawan kawan sama polisss tu
ReplyDeleteDi Tawau ni, sebelum bukit aman turun, sudah itu towkey towkey judi tau bah. Awal lagi diorang tau.
ReplyDeleteSama kat KCH swk. Blum apa-apa, semua tempat prjudian haram tutup SEMENTARA. Agak3 dh masok minggu 4 tutup. Dan x lama lagi akan broperasi semula.
ReplyDelete