Pages - Menu

Tuesday, 21 October 2014

Anwar Ibrahim Yakin, Mahkamah Persekutuan Akan Berpihak Kepadanya Kerana Pendakwaraya Tidak Ada Bukti, Katanya

Seperti biasa, Anwar Ibrahim gagal menerima hakikat bahawa dia sebenarnya tidak mampu menghidangkan bukti untuk menafikan perbuatannya meliwat bekas pembantu peribadinya. Anwar Ibrahim sebaliknya sekadar bermain-main dengan retorik, sebagaimana yang dilakukannya ketika memberikan keterangan dalam perbicaraan kali pertamanya di Mahkamah Tinggi dari tahun 2008 sehingga 2012.

Anwar Ibrahim ketika diberi peluang membela diri, memilih untuk berucap dengan penuh berapi-api dan mengaitkan pelbagai pakatan jahat yang dilakukan ke atasnya tanpa mengeluarkan sebarang bukti pun. Dia berucap seolah-olah berada di pentas politik, bukannya di kandang orang salah di mahkamah.

Selepas berusaha berkali-kali untuk mengenepikan Shafie Abdullah daripada menjadi Pendakwaraya dan gagal, Anwar Ibrahim kini memperkatakan yang mahkamah akan berpihak kepadanya kerana tiada sebarang bukti yang menunjukkan dia bersalah.

Menariknya segala bukti yang telah mensabitkan kesalahannya menyebabkan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun, tidak dapat diterima oleh Anwar Ibrahim. Sebaliknya seperti biasa, dia menyalahkan pelbagai konspirasi yang tidak masuk akal.

Gagal mendapat sokongan daripada dua kerajaan luar yang selama ini menyokongnya - Amerika Syarikat dan Australia - Anwar sekadar mampu bercakap di hadapan wartawan-wartawan asing dan kembali memperkatakan tentang konspirasi fitnah yang dikenakan ke atasnya tanpa dia dapat mengenepikan langsung bukti-bukti yang dihadirkan sewaktu perbicaraan yang telah memakan masa lebih empat tahun dengan lebih 70 kali penangguhan yang sebahagian besarnya dminta oleh Anwar Ibrahim sendiri menerusi pelbagai alasan dan helah.

Dalam minggu ini sahaja, Anwar Ibrahim sudah menjelajah ke serata tempat untuk berkempen dan 'memberikan amanat terakhir' dalam usaha untuk mengumpulkan seramai mungkin penyokong pada hari perbicaraannya. Bagaimanapun, sambutan yang diberikan kepada kempen-kempen Anwar Ibrahim, amat memalukan Ketua Umum PKR itu.

Menjelang seminggu sebelum dia bakal mendengar hukuman yang dijatuhkan ke atasnya, Anwar Ibrahim mula merka-reka cerita tentang keyakinannya yang mahkamah akan membebaskannya kerana dia langsung tidak bersalah, sebaliknya hanya difitnah.

Mungkin kata-kata Anwar Ibrahim itu ada benarnya walaupun umum mengetahui dia adalah seorang pembohong yang tidak dapat membezakan bila dia bercakap benar dan bila dia berbohong, bahawa mahkamah akan membebaskannya. Ini adalah kerana wujud beberapa orang hakim yang sudah mempunyai keputusan berpihak kepada Anwar Ibrahim dalam sistem perundangan negara.

Pun begitu hanya setelah mengetahui barisan hakim yang akan menjadi panel Mahkamah Persekutuan untuk kes Anwar Ibrahim, barulah keputusan sebenar boleh dijangka. (BACA DI SINI)

13 comments:

  1. Bertaubatlah ....dari terus mereka cerita dongeng....

    ReplyDelete
  2. Peliwat bangsat tanah air Malaysia.

    ReplyDelete
  3. aku sokong ... sebelum terlambat. Dah tua dahhhh ..... tak letih ke.

    ReplyDelete
  4. kepada semua umat islam .... Aku nak share saja ... ape yang aku dengar dalam youtube
    semasa kuliah ugama.
    Ustaz nie ... ada sebut. Ada seorang perempuan yang bermimpi jumpa Rasulullah .
    Rasullulah memberitahu beliau ... akan datang ada mala petaka yang lebih dasyaht dari tsunami di Aceh , berlaku diutara semenajung malaysia ... sebuah negeri akan lenyap dari muka bumi ini.
    Allahuwallam ... semuga dijauhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan aku mimpi anwar liwat bapak hang....dia jugak bg tau area rumah hang bakal senasib kaum nabi luth!!!

      Delete
  5. sudahlah terima ketentuan ini dengan redha... sebabnya sendiri yang buat jadi jangalah membabitkan orang lain serta cuba merosakan negara ini. insaflah sebelum ajal menjemput, hidup kita ini bukannya lama...

    ReplyDelete
  6. Keadilan untuk Saiful Bukhari. Semoga Anwar dipenjarakan lebih daripada 5 tahun. Aamiin.....

    ReplyDelete
  7. najib kometmen nak buang akta hasutan,,,buang cepat sikit sebelum abg non hang masuk jel,,,kalau hang buang akta hasutan memang harmoniiiiiiiiii sungguh malaysia ni,,,harmonika

    ReplyDelete
  8. LETS WAIT AND SEE.
    JUSTICE IS FOR ALL NOT SPECIALLY FOR ONE.
    THE INTELLIGENT WILL TELL WHO IS RIGHT AND WHO IS WRONG.
    SAJA NAK SENANGKAN HATI....... SALAH TETAP SALAH.

    ReplyDelete
  9. HUKUM PENJARA TAK MEMADAI....PATUT HUKUM SULA JER MAMAT NI. ....

    ReplyDelete
  10. Anon 23.33
    Klu bab dngar ustaz bag ceramah dlm mimpi ada negeri akan lenyap lebih dasyat dari tsunami....itu ustaz cari makan...goreng lebih.....ni bahana suka dengqr ceramah....banyakkan baca buku dari dengar ceramah.......masyarakat tak maju klu asyik dengar ceramah.......

    ReplyDelete
  11. Buat la apa yg patut rakyat malaysia yg budiman.Anuar ni umor nya pun dah lanjut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DIA KATA DIA YAKIN PENDAKWARAYA TAKDA BUKTI. TETAPI DIA TAK KATA DIA TAK LIWAT SAIPUL.

      Delete