Pages - Menu

Wednesday, 29 October 2014

BELAJARnya Bengong, Tapi Sibuk Nak Jadi Pejuang, Akhirnya Fitnah Polis Untuk Tarik Perhatian



Dengan sebegitu ramai saksi, sama ada orang awam mahupun anggota-anggota polis di lokasi kejadian, seorang pelajar universiti yang mahu menjadi pejuang rakyat dan terlupa bahawa tanggungjawabnya sebagai pelajar jauh lebih utama daripada menjadi anjing Anwar Ibrahim, cuba melakukan fitnah ke atas seorang pegawai polis dan PDRM secara keseluruhannya.

Fitnah kedua dibuatnya ketika TANGANNYA BERGARI ketika di balai polis!

Hebat kerana dia masih boleh menulis dan update Facebooknya walaupun tangannya bergari!


Barangkali ABDUL MUQIT MUHAMMAD yang berusia 23 tahun dan berasal dari Kampung Pusu Tinggi, Jerteh, Terengganu berasakan dia akan mendapat perhatian luar biasa daripada Anwar Ibrahim mahupun para pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

Semuanya bermula apabila pada 28 Oktober 2014, sepasukan anggota dan pegawai polis telah ditugaskan memantau kerja-kerja perobohan 5 buah rumah setinggan di Kampung Chubadak Tambahan di Sentul. Seramai lebih 200 orang penghuni perkampungan setinggan itu telah dipindahkan sementara ke sebuah PPRT sementara menunggu pembinaan rumah mereka siap di tapak tersebut.

Bagaimanapun, kedegilan 5 pemilik rumah setinggan meninggalkan rumah mereka, telah menyebabkan projek pembangunan semula dengan pembinaan PPRT untuk lebih 200 orang penghuni Kampung Chubadak Tambahan yang lain tidak dapat dijalankan.


Berbeza daripada sangkaan ramai, Kampung Chubadak Tambahan bukanlah Kampung Chubadak. Kampung Chubadak merupakan perkampungan 'sah' yang ada geran dan di atas tanah rezab Melayu. Manakala Kampung Chubadak Tambahan adalah kawasan perumahan setinggan yang tanahnya mempunyai pemilik.

Antara yang menjadi punca keengganan setinggan-setinggan itu berpindah ialah wang pampasan. Mereka menuntut wang pampasan yang lebih tinggi dan pada masa yang sama enggan berpindah ke PPRT sementara yang telah disediakan. Berdasarkan laporan yang diterima, sudah 7 kali bayaran dibuat kepada mereka agar berpindah dan tapak tersebut boleh dimajukan segera.

Dalam insiden jam 8:00 pagi itu, sekumpulan lelaki Melayu telahmenghalang proses Ops Roboh yang dijalankan oleh DBKL. Walaupun telah diberikan nasihat dan amaran, namun kumpulan lelaki berkenaan masih lagi engkar serta terus menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Setelah puas bertekak, akhirnya ketua kumpulan tersebut, Abdul Muqit Muhammad bersama-smaa seorang lagi rakannya, Ahmad Fahmi Mokhtar, 23, yang berasal dari Kampung Banggol Nangka, Pasir Mas, Kelantan.


Ketika dibawa ke Balai Polis Sentul, dua orang lagi rakan Abdul Muqit bernama Azizul Hanif Abdul Ghani, 22 tahun dari Flat Sentul Utama, Sentul Kuala Lumpur dan Rozan Azen bin Mat Rasip, 36, beralamat di No.22, Jalan 47/10, Taman Koperasi Polis Fasa 2, Kuala Lumpur telah membuat laporan polis jam 8:14 malam kononnya, Abdul Muqit telah diludah oleh seorang pegawai polis.

Dalam laporan yagn sama, mereka turut membuat laporan polis kononnya selain dariapda meludah, pegawai polis berkenaan turut memaki hamun, melucah dan biadap selain menafikan hak asasi dan hak kewajipan sebagai seorang Muslim apabila enggan membenarkan Abdul Muqit bersolat.

Abdul Muqit dalam rakaman sekitar rusuhan di hadapan pintu pagar Universiti Malaya dua malam sudah, merupakan antara yang PALING BIADAP dan PALING KURANG AJAR selain mencabar pihak berkuasa selain menimbulkan provokasi agar ditangkap untuk dijadikan tajuk putarbelit untuk Pakatan Rakyat.

Perhatikan apa yang berlaku dalam klip video yang berjaya dirakamkan ketika rusuhan di hadapan pagar Universiti Malaya pada malam 27 Oktober lalu melibatka Abdul Muqit.

Justeru, tuduhan yang dia dianiayai dan dihina oleh seorang pegawai polis, mempunyai motif politik, tidak sahaja untuk menarik perhatian, tetapi juga untuk menerusi kerja memburuk-burukkan dan memberikan imej buruk kepada PDRM.

2 comments:

  1. pelajar bengap yg menunjuk prangai kurang ajar

    ReplyDelete
  2. Aku nak tgk pelajaran dia yg bengong + bengap atau ko??

    ReplyDelete