Pages - Menu

Wednesday, 29 October 2014

FAHMI ZAINOL Adalah Sebahagian Jawapan Mengapa Ranking Universiti Malaya Memalukan Negara!


Akhirnya terjawab sudah teka-teki dan persoalan besar mengapa prestasi universiti-universiti awam di Malaysia merudum dan tidak pernah meningkat dalam ranking universiti dunia. Bukan kerana penglibatan kerajaan atau pro-kerajaan atau kerajaan tidak bagi autonomi yang mencukupi untuk setiap universiti awam di negara ini tetapi kerana sikap dan kebolehan tersendiri pada pelajarnya, khusus pelajar-pelajar Melayunya yang sangat tidak berkualiti.

Fahmi Zainol, 23, pelajar Universiti Malaya tahun akhir dalam jurusan Pentadbiran dan Keadilan Sosial, berasal dari Permatang Pauh, Pulau Pinang. Anak ketiga daripada enam adik-beradik, merupakan Presiden Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) dan Majlis Perwakilan Pelajar UM. 


Dialah yang dianggap sebagai jagoan UM yang menganjurkan Pidato Anwar Ibrahim dan merupakan sebahagian daripada tenaga manusia yang merempuh pagar Universiti Malaya dalam usaha mencetuskan provokasi bagi membolehkan pihak polis menangkap para pelajar yang merusuh itu, sekaligus menjadi tajuk-tajuk hangat dalam media-media pro-Anwar Ibrahim. 

Menariknya, budak Melayu yang hanya mampu melanjutkan pelajaran dan bidang pelajaran yang MUDAH LULUS itu, merupakan pemegang BIASISWA Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Universiti Malaya.

Pastinya Fahmi Zainol telah merampas hak anak Bumiputera lain yang lebih layak dalam mendapatkan biasiswa daripada Jabatan Perkhidmatan Awam. Dengan cabarannya agar dia dipecat sekiranya pihak pentadbiran Universiti Malaya 'berani', seharusnya biasiswa yang memudahkan pengajiannya, ditarik balik dan diserahkan kepada anak-anak Bumiputera lain yang lebih berminat untuk belajar berbanding berpolitik. Malah tempatnya dalam pengajian di Universiti Malaya juga seharusnya dikosongkan untuk digantikan oleh mereka yang lebih berminat untuk menamatkan pengajian dengan cemerlang dari segi akademik sekaligus dapat membantu membina negara berbanding membantu menaikkan syahwat seorang ahli politik yang terdesak seperti Anwar Ibrahim. 

Persoalannya ialah, sejauh manakah keberanian pentadbiran Universiti Malaya yang telah didedahkan, mempunyai ramai penyokong Anwar Ibrahim dan bertindak menjadikan Universiti Malaya bukan sahaja sebagai penternak pondan, bahkan menyempitkan skop pendidikan tinggi hanya semata-mata dengan alasan 'KEBEBASAN AKADEMIK?' 

3 comments:

  1. SIAL INI ORANG..ANAK AKU KELULUSANNYA BEGITU CEMERLANG PUN TAK DAPAT BIASISWA JPA. ANAK HARAM NI KUAT POLITIK...KUAT LAWAN KERAJAAN MACAM MANA BOLIH DAPAT BIASISWA. ATAS MERIT APA DIA BEGITU MUDAH DAPAT. INILAH MANUSIA TAK TAU DIUNTUNG.

    ReplyDelete
  2. Ada otak tapi minda ditutupi kejahilan. Kurang daya intelek lebih kepada kebodohan....wallahualam

    ReplyDelete
  3. Sebagai pelajar MU di zaman Por Ungku Aziz dulu,saya kini sudah tidak merasa bangga lagi dgn MU bila melihat gelagat pelajarnya yg mengada-ngada merasa seolah-olah diri mereka cerdik pejuang ,bersemangat dan bijak.Sedangkan kedudukan sebenarnya mereka tertipu oleh oleh makhluk terdesak seperti Anwar.Para pelajar berkenaan gagal mecerakin fakta yg ada bagi mencari kedudukan sebenarnya mengenai kes sodomi Anwar.Alangkah bodohnya mereka berkali-kali di tipu oleh Anwar hingga sanggup mengorbankan masa depan sendiri dan harapan ibu bapa.Besarnya dosa Anwar dalam memperbodohkan para pelajar terbabti,tapi besar lagi kebodohan para pelajar kerana gagal mengerti bahawa diri mereka di perbodohkan.

    ReplyDelete