Hari keempat sama seperti hari-hari orang biasa pergi Mahkamah Persekutuan. Tiada sambutan. Tiada jerit pekik. Tiada laungan 'REFORMASI' atau solat luar masjid walaupun ruang solat masjid kosong seperti yang dapat dilihat semalam melihat Zuraidah Kamaruddin.
BERITA:
Bekas Setiausaha Sulit Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari menyifatkan kehadiran ahli dan penyokong parti itu di Istana Kehakiman di Putrajaya sejak Selasa lalu telah memalukan Ketua umum mereka sendiri kerana jumlah yang hadir untuk memberi sokongan cukup hambar dan dingin.
Beliau seterusnya melemparkan persoalan ke manakah hilangnya ahli dan penyokong pembangkang yang sepatutnya hadir beramai-ramai untuk memberikan sokongan moral kepada Anwar yang bukan sahaja sebagai Ketua Umum PKR tetapi ketua kepada pakatan pembangkang.
“Berdasarkan pemerhatian, kita boleh bayangkan berapa kerat sahaja ahli mereka sendiri yang hadir. Katakanlah jika PKR ada ahli seramai 100 hingga 200 ribu, jumlah yang ditunjukkan di Putrajaya masih jauh jika mahu dibuat ukuran. Hanya beberapa peratus sahaja
“Nampaknya ahli serta penyokong sendiri pun sudah jemu dan tidak lagi yakin dengan Anwar. Malah mereka pun mungkin sedar serta tahu perbicaraan ini adalah masalah peribadi dan daripada buang masa dan tenaga, adalah lebih baik meneruskan tugasan seharian”, katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini..
Beliau berkata demikian sebagai mengulas sambutan dingin dan hambar penyokong pakatan pembangkang terutama ahli PKR itu sendiri sejak perbicaraan Anwar di Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman di Putrajaya sejak hari Selasa yang lalu.
Malah suasana di luar Istana Kehakiman di sini hari ini hampir lengang tanpa kehadiran penyokong Anwar.
Tidak seperti hari pertama dan kedua prosiding yang menyaksikan hampir 1,000 penyokong ketua pembangkang itu berhimpun, kawasan luar bangunan Mahkamah Persekutuan pada hari ketiga prosiding hanya dipenuhi pihak media yang hadir sejak pukul 7 pagi.
Sehingga pukul 11 pagi, kehadiran penyokong Anwar bolehlah dikatakan sebagai hanya ‘beberapa kerat’ sahaja dan ia adalah sesuatu yang mengejutkan.
Sambil menyifatkan keadaan itu cukup memalukan, Anuar seterusnya menambah sebagai pemimpin utama pakatan pembangkang apatah lagi diangkat sebagai calon Perdana Menteri utama pembangkang sepatutnya sambutan hambar sebegitu rupa tidak akan berlaku.
Malah jelas beliau lagi berdasarkan ungkapan atau laungan dari pemimpin pembangkang termasuk Anwar sendiri kononnya rakyat akan bersama untuk menegakkan keadilan terbukti hanya retorik kosong semata-mata.
“Bukan sahaja rakyat, ahli PKR sendiri pun tak sudi datang. Malah lebih memalukan pemimpin pakatan pembangkang sendiri pun boleh dikira dengan jari yang datang memberikan sokongan.
“Itu kita belum lagi kita lihat ahli Pas atau Dap… berapa kerat yang datang? Apakah masing-masing ada agenda untuk memalukan Anwar? Inilah nilai sebenar pemuafakatan pakatan pembangkang… kita yakin keadaan ini satu mesej yang jelas kepada Anwar… sudah-sudahlah”, ujarnya.
Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar, 67, bagi kesalahan meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 26 Jun 2008.
Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. (SUMBER)
No comments:
Post a Comment