DAP yang sedang melalak kerana takut dengan Akta Hasutan, dengan kerjasama Anwar Ibrahim telah berjaya membuatkan golongan yang sememangnya anti dengan pentadbiran Melayu-Bumiputera-Islam di Malaysia, membuka mulut dan cuba mengajar itu ini kepada pentadbiran negara.
Hakikatnya, PBB mahupun entiti seperti Human Right Watch, tidak mempunyai sebarang kuasa terutama sekali membabitkan perundangan ke atas sesebuah negara. Disebabkan itulah, Zionis Israel, bahkan Amerika Syarikat sendiri pun tidak pernah peduli dengan resolusi atau saranan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Setiap negara mempunyai undang-undangnya sendiri. Undang-undang sesebuah negara dilindungi oleh Perlembagaan dan kedaulatannya. Oleh kerana itulah, Amerika Syarikat menerusi proksi-proksi mereka menggunakan orang dalam untuk menghancurkan sesebuah negara, sepertimana yang berlaku di negara-negara Timur Tengah, Afrika mahupun Asia Tengah dan Eropah Timur.
Timbul persoalan, mengapa Amerika dan golongan liberal yang sangat anti dengan Islam, sangat berminat dengan Malaysia terutama dalam membela Anwar Ibrahim, sedangkan di negara mereka sendiri, undang-undang yang sama, terus dipraktikkan. Malahan lebih kejam lagi, mereka bebas masuk ke negara-negara asing, menangkap rakyat asing dan dikenakan tuduhan serta dikurung dengan beralasankan undang-undang negara mereka sepertimana yang dilakukan oleh Amerika Syarikat dengan Patriot Act atau Anti Terrorisme Act di Australia dan Britain.
Apa yang mereka sibuk sangat dengan undang-undang Malaysia? Adakah mereka cuba memberitahu bahawa Malaysia sebenarnya tidak bebas menjalankan undang-undangnya sendiri melainkan sepertimana yang ditunjukkan oleh golongan dan pihak tidak berautoriti yang lebih gemar membuli negara-negara kecil menerusi pelbagai tekanan, termasuklah tekanan ekonomi.
Kerajaan Malaysia seharusnya mempertahankan undang-undang negara. Kerajaan Malaysia perlu menunjukkan ketegasan untuk berpegang kepada undang-undang negara ini, bukannya dengan mengikut telunjuk kaum penjajah yang cuba menunjuk pandai itu semata-mata untuk tidak dilabelkan sebagai tidak bertamadun.
Dengan runtuhnya ekonomi di negara Eropah, Amerika Syarikat, mahupun di Australia, seharusnya Malaysia menggunakan kesempatan ini dengan sebaik-baiknya. Alangkan negara kecil dari Dunia Ketiga seperti Vietnam pun, tidak peduli dengan telunjuk Amerika Syarikat, mengapa pula Malaysia perlu tunduk menyembah kepada golongan yang sememangnya diketahui sentiasa memandang hina Malaysia?
Kita ada kedaulatan dan rakyat Malaysia sedia mempertahankan kedaulatan negara ini. Yang takut cuma pemimpin-pemimpin sahaja kerana pertalian mereka dengan negara-negara besar dunia yang berlagak sebagai taukeh dan polis dunia.
No comments:
Post a Comment