Pages - Menu

Sunday, 12 October 2014

Maruah Berharga RM100, Dipersalahkan oleh Hakim Mahkamah Rayuan dan Kini 2 Anggota Polis Ditimpa Pokok Ketika Bertugas


Hari ini, Bandaraya Kuala Lumpur dilanda ribut besar. Malah di Johor Bharu pun, pukulan ribut telah menyebabkan sebuah jejantas pejalan kaki runtuh dan merosakkan beberapa kenderaan.

Dinding sebuah rumah pangsa di Loke Yew tercabut akibat pukulan ribut. Dataran Merdeka juga lintang pukang akibat pukulan ribut. Namun pukulan ribut juga turut meragut nyawa seorang anggota polis yang sedang bertugas.


Dua orang anggota polis yang bertugas menjaga stor barang kes di Dang Wangi, Jalan Dato Maharajalela telah dihempat pokok besar semasa bertugas. Semasa artikel ini ditulis, salah seorang daripada mereka meninggal dunia, manakala seorang lagi masih terperangkap.

Agak menarik, pada tahun lepas, ada peruntukan daripada Kerajaan untuk kerja-kerja penambahbaikan untuk PDRM. Kejadian ini mendedahkan, masih banyak lagi kontena yang telah ditukar menjadi tempat bertugas rupa-rupanya.



Walaupun peruntukan beratus juta ringgit, masih banyak lagi kontena dibuat pejabat. Keadaan balai polis di banyak lokasi serata Malaysia juga masih banyak yang serba daif seperti di Pulau Bum Bum yang berada dalam Parlimen Semporna yang diwakili oleh Shapie Apdal, salah seorang menteri kabinet. Agak memalukan kerana usia PDRM adalah 207 tahun.

Sebagai contoh, balai polis Pulau Gaya di Kota Kinabalu khabarnya berharga ratusan juta tetapi sebenarnya hanyalah kontena. Kualitinya amat rendah sehinggakan dindingnya boleh tembus dengan hanya dibaling ketulan batu.



Siapa yang akan membela kematian anggota polis yang bertugas itu? Adakah hakim mahkamah yang berlagak pandai dan lebih berkuasa? Atau adakah kejadian ini berlaku akibat 'PERTEMBUNGAN PALSU' sepertimana yang dinyatakan oleh hakim mahkamah rayuan bagi memenangkan penjenayah ke atas pihak polis atau adakah ini merupakan satu lagi bentuk mengampu dan membodek seperti yang dinyatakan oleh seorang pegawai kastam?

4 comments:

  1. pertembungan palsu le.. ribut tu salah tempat sebab arah angin palsu... apapunjua.. takziah buat keluarga yang berkenaan.. lupe plak nak tanya.. ganti rugi cume 12 das tembakkan ke udara dan sekibar bendera.. tu je....

    ReplyDelete
  2. RM 100 tu utk maki polis...tapi ada satu lagi kesalahan...menghalang penjawat awam menjalankan tugas...tunggu bicara lain...apa pun kerajaan kena kaji semula banyak peruntukan2 undang2 yg dendanya tidak munasabah !!!

    ReplyDelete
  3. HAKIM MALAYSIA yang MAODOH ..menghina penjawat awam 240 KM j didenda RM 100..

    YDP agong PECATLAH HAKIM BODOH itu..

    ReplyDelete
  4. pokok hempap balai kontena polis adalah pertembungan palsu...tak caye pi tanya AG & ketua hakim and the gang....oh Malaysia yg akan di warisi anak cucu ku....malang sungguh nasib mu....

    ReplyDelete