Pages - Menu

Sunday, 2 November 2014

AZMIN ALI Gesa Hormati Fatwa HARAM MAIS Ke Atas Sisters In Islam


Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata, keputusan mengharamkan NGO Sisters In Islam (SIS) oleh MAIS perlu diterimadan dihormati oleh semua orang. Sisters In Islam yang sebelum ini banyak mengelirukan umat Islam dengan agama liberal dan plural mereka, baru-baru ini telah menfailkan semakan penghakiman ke atas fatwa yang digazetkan di Selangor yang mengisytiharkan bahawa SIS menyeleweng dari Islam.

SIS menamakan Jawatankuasa Fatwa Selangor, Majlis Agama Islam Selangor, dan Kerajaan Negeri Selangor sebagai responden.

Pengarah Eksekutif SIS, Ratna Osman berkata, mereka hanya mengetahui tentang fatwa tersebut ketika melayari laman sesawang e-fatwa JAKIM pada 20 Oktober.

Menurutnya Malaysia adalah satu-satunya negara Islam di dunia ini yang menguatkuasakan fatwa menerusi undang-undang yang telah digazetkan sebagaimana yang terdapat dalam Seksyen 13 Enaken Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) yang menyatakan, sesiapa yang menentang fatwa akan didenda atau dipenjarakan.

Menurut Ratna, fatwa adalah pendapat yang menjadi garis panduan umat Islam untuk menjalankan kehidupan harian berdasarkan ajaran Islam. Ia bukanlah sesuatu yang bersifat mutlak dan menjadi pilihan sama ada seseorang itu hendak mematuhinya atau mencari fatwa lain.

Fatwa bertajuk, 'Pemikiran Liberalisme dan Pluralisme Agama' mengisytiharkan forum SIS (Malaysia) mengajak umat Islam di negara in ke arah liberalisme dan pluralisme agama, dan oleh kerana itu, ia menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Fatwa yang telah digazetkan pada Julai lalu, turut membolehkan mana-mana penerbitan yang mengandungi unsur-unsur liberal dan plural untuk diharamkan dan dirampas.

2 comments:

  1. Bagus bebenor YAB Azmin teman sokong .

    ReplyDelete
    Replies
    1. cakap hari ini, belum tentu akan sama dengan cakap hari esok.

      Ahli politik mesti pandai berkata-kata walaupun akan membelit lidah sendiri. Lebih-lebih kalau itu datang dari Penipu Rakyat

      Delete