Fahmi Zainol...
Tiba-tiba sahaja namanya melonjak dan dikenali ramai. Lebih dikenali lagi ialah apabila dia menzahirkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Anwar Ibrahim dan kini sedang merangka pelbagai rancangan untuk berceramah mengumpulkan sokongan daripada generasi pelajar-pelajar universiti untuk idola kesayangannya yang sudah disahkan sebagai peliwat oleh peguam-peguamnya sendiri.
Cabarannya kepada pihak pentadbiran Universiti Malaya (UM) agar menyingkirkannya kerana melanggar peraturan selain bercakap besar akan menggantikan pagar UM yang telah dirobohkan dalam usaha memprovokasi pihak polis, sekaligus membolehkan dia dan Anwar Ibrahim ditangkap kerana menceroboh, menjelaskan tentang masalah yang sudah lama diperkatakan, terutama sekali yang membabitkan pengurusan dan pentadbiran Universiti Malaya.
Berita hari ini ialah Fahmi Zainol akan dikenakan 9 tuduhan kerana melanggar peraturan dan undang-undang Universiti Malaya.
Berita tersebut sengaja dibesar-besarkan setelah pengurusan dan pentadbiran Universiti Malaya dikecam kerana selama ini terlalu memihak kepada pro Anwar Ibrahim sungguhpun cuba menafikannya dengan berselindung di sebalik kebebasan akademik.
Setiap kali pembiakan anarkis dan subversif berlaku, setiap kali itulah juga alasan yang diberikan ialah kebebasan akademik. Sedangkan kebebasan keterlaluan dan kegagalan memahami fungsi sebenar kewujudan sebuah universiti atau institusi pengajian awam yang mendapat geran daripada kerajaan, menjadi punca sebenar masalah seperti itu berlaku.
Kejadian rempuhan pagar Universiti Malaya pada malam beberapa jam sebelum kes rayuan Anwar Ibrahim diperdengarkan di Mahkamah Persekutuan sebenarnya bukan baru bermula. Sebaliknya ia sudah lama berlaku dan pembabitan ramai kakitangan Universiti Malaya adalah puncanya.
Kementerian Pelajaran seharusnya mula bertindak membersihkan Universiti Malaya daripada elemen-elemen mengarut sebegini. Bahkan melakukan liberalisasi dan pembaharuan yang sebenar-benarnya, termasuklah di kesemua universiti awam yang lain.
Sikap terlalu pemaaf dan terlalu takut kepada kecaman dari luar, telah menyebabkan ranking universiti-universiti di seluruh Malaysia hanyalah bertaraf sekolah tinggi di negara-negara setaraf Malaysia. Sepatutnya Kerajaan Malaysia malu kerana universiti-universiti awam terutama yang menghasilka pelajar-pelajar Melayu, sebenarnya langsung tidak bermutu kerana kecelaruan pemikiran, dasar dan polisi Kementerian Pelajaran itu sendiri!
Aku setuju 100% dengan maksud terkandung dalam artikal ini.
ReplyDeleteBila org no wahid lembek...maka seluruh jentera kerajaan juga akan lembek...percayalah
ReplyDeleteIni betul berlaku....klu nak tahu di ipta semua lect mkn gaji. Pelajar pula bayar yuran sem rendah sgt. So lect besar kepala...mcm diktator. Klu pelajar tak ikut kata atau melawan sikit...habislah gpa...atau kena extent. Pelajar tak boleh argue....ikut je kehendak lect dan buat apa saja projek utk dapat merit dan keyakinan lect. Contoh...student yg kena rogol di upm dulu sbb lect ugut nak gagalkan dia sampai pelajar tu trauma dan sakit jiwa. Klu bab politik lagi mudah...kerah je.
ReplyDeleteSbb tu aku hantar anak anak aku ke univ swasta. Satu org ke ipta cukuplah...serik...minda tak berkembang.
Ya setuju... pembiakan subversive di dlm ipta adalah didokong oleh senarai beberapa pensyarah dn pegawai ipta.... lihatlah nanti, time senat nak jatuhkan hukuman, keputusannya akan bakal diganggu atau di bela oleh pro aljubb didalam jwtkuasa/senat tu.dalam hal ni, kementerian pengajian tinggi yang patut tangani. Jadikan um sebagai permulaan untuk pembersihan anasir subversif ini....
ReplyDeleteMaaf.... tulisan di atas adalah andaian semata2.... kemungkinan yang perlu diperhatikan oleh pihak berwajib...
DeleteBetul ke UM lubuk pembangkang.??
ReplyDeleteItulah kerana banyak univ-univ sekarang terlalu TAKUT dengan sistem "global ranking"-JAHANAM si Barat-Zionis; yang menyebabkan ramai pensyarah/pengurusan yang diambil adalah dari puak LIBERAL-pro Barat/Zionis!
ReplyDeleteSepatutnya, sebagai NEGARA ISLAM, tak perlu peduli "ranking"-JAHANAM mcm. ni - yg. penting, bukan sahaja melahirkan pensyarah/pengurusan serta graduan jenerasi muda Islam/Melayu yang berkelulusan akademik tinggi, tetapi juga yang soleh, berakhlak mulia dan kuat semangat nasionalismanya.
Bahkan, aku cadangkan setiap jenerasi muda Islam/Melayu tidak dihantar ke Univ. Barat (yg. makin dikuasai Zionis) sehingga ke tahap Master. Ini ialah kerana ramai anak-anak muda Islam/Melayu yang masih belum matang, maka akan cepat terpengaruh dengan ideologi dan budaya LIBERAL Barat, yang semakin BUAS dlm. sistem pendidikan mereka, termasuk membiasakan budaya Sodom, Feminisma, Seks bebas dan Pornografi!
Makcik Sambal Belacan.
Dan begitu juga, umat Islam terutamnya yg. VIP; tak perlu hantaq anak-anak kat "International Schools" kat Malaysia ni - yg- penuh ideologi dan budaya Barat-Zionis! Saudara aku, anak dia sampai kekok dgn. budaya 'Melayu' lepas belajaq kat situ - mak bapak ingat akademik cemerlang segalanya; hingga dah terlambat! Nak marah - anak dah terlalu diMANJAkan ala-Barat!
ReplyDeleteMakcik Sambal Belacan.
Makcik Sambal Belacan, 07:22
ReplyDeleteTak payah tengok jauh ( International Schools ) ... Rujuk kepada kesan SJKC yang diamalkan di Malaysia ... Apa yang telah terjadi kepada lepasan sekolah ini .... Apabila manusia diasuh didalam satu sistem ( dari tadika hingga univesiti ) ... Maka Sistem tersebut mempengaruhi keseluruhan hidup mereka .. Percayalah menjelang 2020, yang mendominasi negara adalah bangsa mereka dengan disokong oleh pengkhianat Bangsa melayu sendiri didalam dan diluar kerajaan..