Pages - Menu

Saturday, 8 November 2014

CHONG WEI POSITIF LAGI DAN BERHADAPAN PENGGANTUNGAN DUA TAHUN!


Daripada sumber-sumber yang dipercayai, pemain badminton nombor satu dunia, Lee Chong Wei akan berhadapan dengan pengharaman selama dua tahun selepas ujian doping kali kedua menunjukkan kewujudan dexamethasone. Sampel B telah diambil pada 5 November dan telah diuji di Oslo, Norway.

Dia bagaimanapun, dibenarkan membuat rayuan kepada Persekutuan Badminton Dunia (BMF).

Perincian akan diberikan dalam sidang media yang dibuat oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) petang ini jam 2:00 petang di Ibu Pejabat BAM di Bukit Kiara.

Sebelum ini, Chong Wei telah diuji positif dalam ujian doping rambang di Copenhagen pada 30 Ogos sewaktu Kejohanan Dunia di ibu negara Denmark itu.

Dexamethasone merupakan sejenis ubatan steroid. Biasanya ia digunakan untuk rawatan termasuklah masalah rheumatologik, peyakit kulit, alahan teruk, asma, penyakit paru-paru dan sebagainya.

1 comment:

  1. Tak apa Chong Wei. Jangan lawan Gajah atau Durian. Sebab awak tu Kancil/Mentimun. Accept je penggantungan (Tapi buat hidden super training 1-2 years). Come back and beat everybpdy including Lin Dan to become super true champion. Then take 3 years sponsorship and then retire in style. By the way it is dexamethasone je.... (ubat sakit sendi etc), bukannya anabolic muscle building type macam stanozolol, trenbolone, dianobol, etc.

    ReplyDelete