Pages - Menu
▼
Thursday, 20 November 2014
DIBOCORKAN! Misi SAR MH17 Malaysia Berjaya Dengan Bantuan Chechnya!
Tarikh: 19/11/2014 (10.30 pagi)
Tempat: Dewan Banquet SUK Perak
Oleh: Salah Seorang Ahli SAR
1. 17 Julai 2014 MH17 ditembak jatuh di Ukraine, 298 penumpang dan anak kapal terbunuh, 43 orang rakyat Malaysia.
2. 18 Julai 2014 jam 2.00 pagi YAB PM mesyuarat bersama menteri dan pihak tertentu di EOC MAS, KLIA.
3. Menghantar pasukan SAR ke Ukraine yg diketuai oleh MKN dan disertai oleh beberapa agensi lain.
4. 133 ahli pasukan SAR terdiri drp 12 agensi kerajaan di bentuk termasuk MAS.
5. 19 Julai 2014 SAR tiba di Kiev, Ukraine jam 0500H waktu tempatan .
6. Cabaran di lalui oleh SAR, operasi di bulan puasa, kawasan konflik (Perang), komunikasi breakdown kerana bahasa susah faham.
7. Objektif Utama SAR:
● Kumpul mayat dan barangan
● urus jenazah
● dapatkan kotak hitam
8. SAR berunding secara terus dengan Presiden dan Timb Presiden Ukraine.
9. Kerajaan Ukraine tidak jamin keselamatan SAR di kawasan konflik (Donetsk dan Grabovo) kerana ianya di bawah penguasaan pemberontak.
10. Jarak perjalanan dari tempat mendarat SAR ke kawasan konflik lebih kurang Johor ke Perlis. (Jalan Kampung bukan Highway).
11. Anggota SAR tiada sebarang senjata untuk tujuang perlindungan.
12. Cabaran utama ialah kawasan itu adalah simbolik konflik Russia dan Barat.
13. 96 jam/5 hari mayat mangsa bergelimpangan di kawasan nahas MH17 kerana dihalang oleh puak pemisah menggunakan bedilan senjata.
14. Najib arahkan SAR jalankan misi sulit urus mangsa MH17, bawa balik kotak hitam kerana secara total, Najib sendiri berunding dengan puak pemisah.
15. Kita langgar SYARAT KERAJAAN UKRAINE dalam misi sulit itu demi mengambil serta urus mangsa MH17 dan dapatkan kotak hitam.
16. Pergerakan SAR secara rahsia tanpa pengetahuan kerajaan ukraine ke lokasi nahas.
17. Mereka yang terlibat dalam misi sulit ini bukanlah komando atau pakar perang, tetapi penjawat awam biasa iaitu JAKIM, doktor dan lain-lain. Doa dan ikhtiar iringi mereka di bulan Ramadhan.
18. Misi sulit ini hanya diketahui oleh 12 ahli SAR, 8 org anggota MOVCOM dan YAB PM sahaja.
19. 14 checkpoint perlu dilalui oleh SAR dalam misi sulit ini. Bukan roadblock biasa tetapi seolah roadblock tentera di sempadan antara 2 negara.
20. 22 Julai 2014, pertemuan pertama dengan alexander Barodei ketua pemisah.
21. Duta Malaysia di Ukraine marahkan SAR kerana operasi sulit itu tanpa pengetahuan beliau. YAB PM sendiri arahkan supaya misi ini dirahsiakan kecuali 21 orang sahaja yg terlibat.
22. Pada awal Belanda sangsi dengan misi ini dan marahkan Malaysia, tetapi SAR Malaysia buktikan yang kita mampu laksanakan misi dan Belanda ucap terima kasih pada Malaysia.
23. Mesej SAR kepada Najib "Dato Seri' we have secured the package". Selepas misi berjaya.
24. 4 perkara hasil rundingan:
● gerabak mayat
● kotak hitam
● jaminan keselamatan
● akses lokasi nahas
25. Najib kata kepada pasukan SAR "but sometime we must work quietly in the service of a better outcome"
26. Malaysia tidak bayar walaupun 1 sen kepada puak pemisah untuk dapatkan kotak hitam dan mayat kerana untuk buktikan yang mereka tidak bersalah.
27. Jasa Malaysia yang selalu membantu rakyat negara yang ditindas sejak 20 tahun terdahulu menyebabkan kita ramai kawan diplomatik.
28. Perdana Menteri Chenya yang menjadi orang tengah menghubungkan PM dengan Barodei untuk mulakan perundingan.
29. Chenya adalah sebuah negara yang Malaysia pernah bantu secara sulit 20 tahun terdahulu sewaktu mereka susah dan kini Chenya semakin berjaya dan balas jasa Malaysia.
30. Apa Hubungan PM Chenya dengan Barodei? Saya tidak ada jawapan.
Apapun, Najib memang seorang yang tabah dan bijaksana dalam mengurus kes MH17. Tahniah juga buat team SAR Malaysia.
Al-Fatihah buat mangsa MH17 beragama Islam...
Andainya benar kisah ini, wlupn marah tp setia aku tetap pd tanah tumpah darah ku..
ReplyDeleteIni contoh terbaik kerja buat mulut diam. Akhirnya kejayaan yang ditempa bukannya macam PR kerjanya tabur fitnah raih simpati.
ReplyDeleteSalute Pasukan SAR dan semua rakyat Malaysia yg bersatu!
ReplyDelete