Pages - Menu

Thursday, 13 November 2014

G.PALANIVEL SEPATUTNYA TAK LAYAK SEBAGAI MENTERI KABINET KERANA BAHASA KEBANGSAANNYA MENGALAHKAN BANGLA BARU SAMPAI KE TANAH MELAYU!



Rasa-rasanya, TIDAK ADA SEBUAH NEGARA PUN DI DUNIA INI yang anggota Kabinetnya gagal menguasai Bahasa Kebangsaan dilantik memegang portfolio Menteri KECUALI MALAYSIA. Negara paling mundur dalam dunia pun, anggota kabinetnya mesti fasih berbahasa Kebangsaan.

Malahan, di Singapura sekalipun mempunyai empat Bahasa Kebangsaan, setidak-tidaknya mereka fasih berbahasa Inggeris tanpa dengung Tamil atau Cina atau Melayu. Di Thailand pula, walaupun Perdana Menteri sebelum ini adalah Cina, tetapi mereka sangat fasih berbahasa Thai, bahkan tidak dilihat sebagai Cina, sebaliknya orang Thai. Begitu juga di Indonesia dan Filipina.

Sedangkan Malaysia pula, mutu penguasaan Bahasa Kebangsaan hampir tidak dipedulikan. Asalkan ada pengaruh dan dilihat berpengaruh untuk mendapatkan undi, maka mereka pun diterima.

Hasilnya, muncullah Ahli-Ahli Parlimen yang tidak boleh berbahasa Kebangsaan, mempertikaikan Bahasa Kebangsaan malahan ada yang secara terang-terang mengaku, TIDAK BOLEH MENYANYIKAN LAGU KEBANGSAAN seperti Pengerusi DAP Sarawak!

Ahli-Ahli Parlimen atau ADUN seharusnya menjalani ujian penguasaan Bahasa Kebangsaan bertulis dan lisan selain mereka harus lulus CEMERLANG dalam pertuturan, pemahaman dan penulisan. Gagal dalam Bahasa Kebangsaan, bermakna mereka tidak layak langsung untuk mengisi borang pencalonan.

Tidak malukah Kerajaan Malaysia kepada rakyat Malaysia sendiri? Setelah habis berbilion-bilion ringgit untuk menjayakan Bulan Bahasa Kebangsaan, yang terhasil adalah G.PALANIVEL, Presiden MIC yang langsung tidak faham apa yang dituturkannya di sidang Parlimen?

11 comments:

  1. Bukan setakat dia seorang sahaja, banyak lagi Wakil Rakyat lain yang Bahasa Malaysia macam longkang. Memang patut mereka ni diberi ujian Bahasa Malaysia sebelum layak mengisi borang calun Wakil Rakyat. Malu la kat bangsa asing yang sudah fasih berbahasa Malaysia walaupun baru tinggal di Malaysia beberapa bulan. Oh Malaysia ku.

    ReplyDelete
  2. Kerajaan malaysiakan begitu baik sekali dalam dunia ni, siapa saja boleh jadi wakil rakyat, mereka yang bermastautin pun boleh jadi wakil rakyat..bila rakyat tegur diaorang nak peduli apa..bagi diaorang mereka yang berkuasa dan mereka juga lah golongan bijak pandai...suara rakyat boleh didengar sipi sipi saja.

    ReplyDelete
  3. Aku dah lama perasan dia ni tak berapa boleh cakap bahasa kebangsaan berbeza dengan Dato' Sri S. Subramaniam dia memang fasih bahasa.

    ReplyDelete
  4. 2X5 jugak dng ram kapal sink

    ReplyDelete
  5. kalau kata ini semua sebab adanya sekolah vernakular, maka akan disalahkan pulak. maka timbullah isu rasislah, tak berperikemanusiaanlah dan segala macam alasan. tapi buktinya dah ada terjojol depan mata, nak kata apa lagi? oh lupa pulak ada orang sangat besar cakap, "SELAGI ADA BULAN, BINTANG DAN MATAHARI, SEKOLAH2 BERASASKAN KAUM CINA DAN INDIA AKAN TERTEGAK DI BUMI MALAYSIA". ehmmmm...kita nak kata apa lagi.

    ReplyDelete
  6. wajibkan semua adun mp boleh bertutur dgn fasih dalam Bahasa Melayu kalau nak jadi wakil rakyat...

    ReplyDelete
  7. aku rasa, samy velu lagi seronok bahasa kebangsaan dia. walaupun tak fasih, tapi lucu. cuba ingat balik, "dengan ini kita menjemput ds rafidah aziz naik ke pentas untuk membuka kain",...maksudnya untuk merasmikan sesuatu. satu lagi, "kita akan buat jambatan dekat ini tempat. nanti kita akan bina sungai bawah ini jambatan juga"...hahahaha. manalah samy velu sekarang ini. rindukan rajalawak dia...huhuhu

    ReplyDelete
  8. sepatunya tak berlaku, kerana lahir di malaysia , sekolah di malaysia, kerja di malaysia, anak2 semua lahir di malaysia ..nanti esok mati kubur pun dalam tanah malaysia !

    umur dah lebih 50 tahun, mustahil masih tak mampu bercakap dalam bahasa malaysia dengan baik .

    tak kira cina, india atau melayu itu sendiri , tak kira orang asli atau dayak atau kadazan , sepatutnya perkara sebegini tak berlaku !! mustahil !

    ReplyDelete
  9. di malaysia ni, orang india bersungguh-sungguh memperkasa bahasa tamil dan mahu bangsa lain mahir tamil. orang cina pula bersungguh-sungguh memperkasa bahasa mandarin dan mahu bangsa lain mahir mandarin. orang melayu tak berapa berusaha untuk memperkasa bahasa melayu. Ikut nasiblah. satu masa nanti, bangsa yang paling konsisten dalam memperkasa bahasa mereka, akan menang. ini demokrasi.

    ReplyDelete
  10. bangsa melayu adalah bangsa yg paling layu.... dlm 50 tahun banyak pegangan org melayu telah tergadai...
    kita tunggu lagi 50tahun akan datang....

    ReplyDelete