Pages - Menu

Wednesday, 5 November 2014

Mengapa Ahli Parlimen DAP Ini Bebas Daripada Akta Hasutan Walaupun Jelas Dia Menghina PERLEMBAGAAN MALAYSIA?


Rupa-rupanya di sebalik penguatkuasaan undang-undang anti hasutan sekarang, DAP langsung tidak gentar dan tidak takut kerana beranggapan mereka adalah kaum Cina yang naif, tidak tahu berbahasa Melayu, gagal menguasai Bahasa Melayu, gagal faham Bahasa Melayu dan tidak tahu apa-apa tentang negara ini. Justeru disebabkan itulah, walaupun mereka bergelar Ahli Parlimen, maka tiada sebarang tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada mereka.

Dalam usaha untuk membela kewujudan SEKOLAH-SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN yang tidak mempunyai sebarang peruntukan dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA, salah seorang pemimpin DAP yang juga Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling menuduh sekolah-sekolah agama sebagai salah satu punca pemisahan kaum di negara ini memandangkan sekolah-sekolah agama hanya menerima murid-murid beragama Islam semata-mata. (RUJUK SINI)

Sama ada Ahli Parlimen ini bodoh atau sememangnya buta perut, kewujudan sekolah-sekolah agama telah diabsahkan dan mempunyai peruntukannya sendiri dalam Perlembagaan Malaysia berbanding Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan yang bukan sahaja bertentangan dengan dasar-dasar pelajaran kebangsaan tetapi juga memisahkan sama sekali pengertian sebenar kebebasan pengajaran, amalan dan penguatkuasaan bahasa-bahasa ibunda.

Kaum DAP seringkali menjadikan alasan 'kebebasan mengamalkan bahasa, budaya dan agama' sebagai penghalalan kewujudan sekolah-sekolah jenis kebangsaan, sedangkan perkara-perkara berkenaan sepatutnya disatukan dengan sekolah-sekolah kebangsaan, bukannya menerusi pengasingan sistem pelajaran dan entiti pendidikan di negara ini.

Dengan Agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan, peruntukan sama ada bajet, keistimewaan, tapak, pembinaan dan sebagainya untuk sekolah-sekolah agama, telah ditetapkan di dalam Perlembagaan Malaysia.

Bagaimanapun, atas dasar politik dan toleransi kononnya, bantuan dan ihsan kerajaan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan telah bertukar menjadi satu kewajipan dengan alasan-alasan yang dapat kita dengar daripada para pemimpin DAP.

Setakat ini, belum ada lagi mana-mana pemimpin politik yang dikenakan tindakan undang-undang kerana mempersoalkan Perlembagaan Persekutuan berbanding orang awam.

OSCAR LING seharusnya diseret ke muka pengadilan dan menjadi perintis kepada golongan yang gemar benar menghasut dan memutarbelitkan Perlembagaan negara demi survival politik mereka. Alasan, tidak tahu, naif, gagal menguasai dan memahami Bahasa Kebangsaan sepatutnya menjadikan hukuman kepada mereka lebih diberatkan memandangka mereka adalah rakyat Malaysia.

Ahli Parlimen Sibu perlu dikenakan tindakan!

4 comments:

  1. Sebab Ajib Gor tak kisah..

    ReplyDelete
  2. Sebab pemimpin umno seronok jilat juboq cina

    ReplyDelete
  3. Umno dah lemah. Itu pasal tak berani angkat ekor.

    ReplyDelete
  4. Sekolah Cina yg menyebabkan Cina tak tahu cakap Bahasa Kebangsaan & memperlekeh masyarakat Nusantara..

    Sepatutnya Sekolah Cina wujud di China sahaja..Ditempat lain harus ditutup kerana merosakkan masyarakat..Jika Mahu Sekolah China baliklah ke China..

    ReplyDelete