Pages - Menu

Wednesday, 5 November 2014

Pusing Punya Pusing, Bagaimana AIR MANI ANWAR DALAM DUBUR SAIFUL, Tetap Tidak Boleh Dijawab Sampai Ke Hari Ini!


Para penyokong Anwar Ibrahim sekarang ini sedang memainkan propaganda dan cubaan menimbulkan persepsi bermodalkan hujah Shafie Abdullah membabitkan DNA asing pada punggung Saiful Bukhari. Namun, dalam pada mereka begitu seronok bermain-main dengan persepsi, mereka terlupa dan tertinggal banyak perkara.

Sungguh melucukan apabila para penyokong Anwar Ibrahim sedang menghasilkan pelbagai hujah 'bijak' mereka membabitkan perkara DNA itu.

Malah, Anwar Ibrahim sendiri turut mengisytiharkan, dia telah menang dalam perbicaraan tersebut. Bangga betul Anwar Ibrahim apabila menyatakan, "Apabila ditanya dari mana DNA-DNA lain datang, dia asyik kata, 'Mungkin Dr. Osman. Dr. Osman adalah kemungkinan yang besar.' Ini adalah pendengaran jenayah, bukannya ucapan politik. Mengapa tidak menyoal Dr. Osman kalau dia disyaki? Mengapa tidak diuji DNAnya?"

KETUM yang sedang sangkak itu terlupa... tidak kisahlah sama ada terdapat hanya satu DNA atau dua atau lebih 1000 DNA pada Saiful sekalipun. Ia tidak mengubah satu hakikat yang langsung tidak dapat dijawab dan disanggah oleh 14 orang peguambela yang diupah oleh Anwar bahkan oleh Anwar Ibrahim sendiri.

Tidak kisahlah sama ada lebih daripada seorang yang meliwat Saiful atau dia mengutip DNA asing itu dari tandas awam atau DNA-DNA baru itu diperolehi ketika pemeriksaan oleh pakar perubatan atau pun Saiful itu sendiri adalah pelacur lelaki.

Ia tidak memberi kesan untuk mengalih satu perkara penting!

Perkara terpenting yang perlu dijawab dan diterangkan oleh Anwar Ibrahim dan barisan 14 orang peguambelanya ialah, mengapakah AIR MANI ANWAR IBRAHIM DITEMUI DALAM DUBUR SAIFUL!

Perlu diingat bahawa, DNA Anwar Ibrahim diperolehi dari air mani dalam dubur Saiful, bukannya dari sumber-sumber lain tetapi AIR MANI ANWAR IBRAHIM.

Inilah persoalan utama yang perlu dijawab. Macam mana air mani Anwar Ibrahim boleh berada di dalam dubur Saiful?

Sama ada 99 orang lelaki lain telah meliwat Saiful selain Anwar, tidak bermakna Anwar tidak bersalah kerana meliwat Saiful. Seperkara lagi, hanya satu sampel yang besar kemungkinan terganggu tetapi ia tidak menafikan bahawa AIR MANI Anwar Ibrahim ditemui pada kedalaman 4 sentimeter di dubur Saiful.

Kaedah Anwar Ibrahim cuba melarikan persoalan sebenar dengan memaksimumkan propaganda sebenarnya mempunyai motif tersendiri. Anwar Ibrahim sentiasa memberitahu para penyokongnya bahawa dia akan memenangi perbicaraan ini dan berbangga-bangga kononnya pihak pendakwaraya telah menjalankan tugas dengan teruk yang mana dia sendiri tahu, tidak benar. Dia turut mencipta cerita tentang betapa para hakim berpihak kepadanya dan bagaimana 14 orang peguambelanya menjalankan kerja dengan hebat, manakala Shafie pula adalah kroni UMNO.

Kalau kita ingat kembali, inilah yang dilakukannya ketika dia mengumumkan Pakatan Rakyat telah memenangi PRU-14 pada jam 7:00 malam beberapa jam sebelum keputusan rasmi diumumkan oleh SPR.

Mudah sahaja untuk mengetahui alasannya. Kalau dia didapati bersalah dan dipenjarakan, dia mahukan para penyokongnya percaya bahawa UMNO-BN telah menipu dan menganiayainya selain mengarahkan para hakim Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman bersalah kepadanya.

Taktik ini telah direka untuk menaikkan kemarahan maksimum terhadap kerajaan UMNO-BN dan mengelakkan atau menghalang para penyokongnya daripada meneliti merit kesnya secara lebih terperinci.

Itulah yang berlaku dalam propaganda BANGLA 40K, Blackout dan sebagainya pada PRU-13 lalu. Anwar tahu, para penyokongnya bodoh-bodoh belaka dan mereka gagal menggunakan otak untuk berfikir. Justeru, dia akan terus menipu dan menipu.

5 comments:

  1. Pada pandangan peribadi saya kan,makin susah UMNO Selangor nak rampas Selangor dari PR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Izinkan saya mengulas pandangan sdr. Kegagalan UMNO Selangor merampas Selangor dari PR bukan kerana sokongan kepada PR itu sendiri, tetapi kerana kelemahan UMNO Selangor - pemimpin2nya yang bercakaran sesama sendiri. Untuk mengatakan disebabkan kekuatan PR, jauh panggang dari api - PR dipilih bukan kerana kebaikan atau kebagusan parti itu tetapi kerana sudah tiada pilihan lain kalo mereka tidak memilih UMNO. Sekiranya ada satu parti lain selain dari UMNO, PAS, PKR dan DAP, PR akan tumbang.... Insya Allah....Atau UMNO Selangor sedar dan mengubah dirinya.

      Delete
  2. Dalam ucapan petang semalam, dia nak besalam dgn rakyat, xnak ambik2 gambar.. Simple je, dia xnak dihurung wartawan. Sama je dia nak bagi impress budak2 tak sekolah, dia sebut dia pengerusi badan itu ini, dengan tersenget2 sebut nama2 orang tah mana2, bombastic la konon2nya.

    Menyampah dengan politik, sama je pr ke bn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendek sungguh fikiran sdr. PR amat jauh berbeza dengan BN. Falsafah penubuhan BN adalah idealisme. Tetapi penubuhan PR semata-mata mahukan kuasa politik untuk membolehkan mereka menguasai "negara" demi kepentingan mereka. Bukan untuk rakyat. Saya tidak nafikan mgkn ada pemimpin BN yang "serupa" spt pemimpin PR dalam hal ini, tetapi PR tidak pernah mempunyai idealisme sendiri.... mereka hanya cuba menciplak BN dan mengatakan ini mereka punya. Plagiarism.... itulah PR. Palsu.

      Delete
  3. ..hmm liwat.. liwat jugak.. solat jangan tinggal tau.. hehe.. taqbir!..

    ReplyDelete