Pages - Menu

Friday, 21 November 2014

SINGAPURA YANG JAUH LEBIH MAJU PUN MASIH KEKALKAN AKTA HASUTAN DAN ISA, KENAPA TIDAK MALAYSIA?

Walaupun saiz Singapura berbanding Malaysia jauh lebih kecil dan sangat bergantung kepada perdagangan dengan dunia luar sesuai dengan statusnya sebagai broker dan entreport, hakikatnya Singapura tidak pernah berani mahu mencuba sesuatu yang disifatkan sebagai membuka liberal undang-undang yang keterlaluan demi survival negara pulau tersebut.

Percaya atau tidak, Singapura masih lagi mengekalkan sebahagian besar daripada undang-undang yang diperolehinya sewaktu ia menyertai Malaysia pada tahun 1963 dan disingkirkan pada tahun 1965. Undang-undang yang dianggap lapuk seperti ISA dan Akta Hasutan serta Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, tidak pernah diusulkan untuk dihapuskan. Malah, Singapura memperketatkan dan menambahbaikkan undang-undang tersebut.

Hasilnya, Singapura berjaya menjadikan rakyatnya berdisiplin ketika di dalam negara tetapi bersikap seperti jembalang apabila berada di luar sempadan Singapura.

Berbeza pula dengan Malaysia.

Petisyen 3005 tandatangan yang dibawa oleh kem Pakatan Rakyat ke Parlimen untuk mendesak Kerajaan memansuhkan undang-undang seperti Akta Hasutan, menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku di negara ini. Sama ada kerana kepimpinan negara terlalu lemah dan sangat takut kepada desakan dari luar, menyebabkan pembangkang mengambil kesempatan sewenang-wenangnya, atau kerana Kerajaan telah diberikan nasihat yang salah dari segi keselamatan dalam negara sehingga undang-undang yang begitu penting dalam keadaan negara majmuk seperti Malaysia perlu dihapuskan.

Sudah berulang-ulang kali iltizam dikeluarkan bahawa pentadbiran Najib Abdul Razak akan menghapuskan Akta Hasutan untuk digantikan dengan Akta Keharmonian. Ramai yang melihat cadangan tersebut hanya akan memburukkan keadaan seperti mana yang berlaku apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri yang telah berjaya mewujudkan sebuah negara aman dari tahun 1957 dan kemudian sekali lagi dengan pantas mengembalikan keamanan pada tahun 1969, dihapuskan untuk digantikan dengan SOSMA yang kini langsung tidak menunjukkan keberkesanan sebagaimana yang diikrarkan oleh kepimpinan negara.

Terlalu banyak petunjuk yang menunjukkan pihak Jabatan Peguam Negara Malaysia tidak mampu menggalas tugas berlebihan dalam memastikan keamanan negara ini dapat dijaga. Pembebasan kebanyakan tukang-tukang hasut yang menggunakan kelebihan putar belit peguam-peguam mereka yang juga merupakan ahli-ahli politik pembangkang menerusi proses mahkamah, selain keputusan-keputusan 'sudah jangka' mahkamah yang membabitkan hakim-hakim tertentu, menunjukkan bahawa ketiadaan Akta Keselamatan Dalam Negeri tela menimbulkan keributan dalam semua sektor.

Dan yang paling menarik, penghapusan ISA tidak juga menjadikan Malaysia sebagai tempat pelabur bertapak berkali-kali ganda berbanding sewaktu ISA masih ada dan diamalkan. Malah, Malaysia tetap juga kalah kepada Singapura yang masih mengekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan segala macam akta-akta yang dilabelkan oleh Pakatan Rakyat, sebagai Akta Lapuk dan Kuno.

Pentadbiran Najib Abdul Razak masih belum mampu menunjukkan keberkesanan penghapusan ISA walaupun sudah beberapa tahun berlalu bahkan keadaan semakin memburuk dengan jenayah kekerasan serta jenayah perjudian haram dan money-laundering semakin bermaharajalela, sehinggakan operasi membanteras judi haram sekadar menjadi bahan gelak tawa kerana 'dateline' yang ditetapkan.

Najib tidak akan dapat mengekalkan kuasanya walaupun Akta Hasutan dihapuskan. Najib juga tidak akan mampu memastikan keselamatan negara ini, rakyat, penduduk, industri, sosial, ekonomi dan sebagainya di negara ini jikalau berterusan mengambil sikap mudah memenuhi semua kehendak Pakatan Rakyat yang mahu menghapuskan semua akta serta undang-undang di negara ini.

Najib hanya akan mampu mengekalkan kuasa dan kelangsungan Barisan Nasional sebagai Kerajaan Malaysia seandainya jaminan keselamatan menerusi peruntukan akta dan peraturan diperkukuhkan dan diperketatkan. Najib hanya akan selamat apabila negara ini berada dalam keadaan selamat, bukannya menerusi penghapusan undang-undang!

Sebarang tolak ansur keterlaluan sebagaimana yang ditunjukkan sekarang, hanya akan menghancurkan sebuah negara bernama Malaysia.

7 comments:

  1. Macam ni baru digelar pemimpin, tegas dan tak peduli apa orang kata apa yang dilakukan,tak perlu nak cari populariti di barat dan selfie bagai,najib pihak yang bagi dia duduk kerusi empuk tu la nak tunjuk kuasa silap sikit penjara,orang yang 100% tolak dia tu la dia tatang bagai minyak penuh...klimaks raja lawak najib dengan tegas berapi hidung nak bawa ke muka pengadilan pihak yang bertanggungjawab yang menembak pesawat mh17 sedangkan Malaysia langsung tidak terlibat dengan penyiasatan....kah kah....kena tipu hidup2 dengan pemuja sendiri....!!!kesian orang Malaysia mempunyai p.m sebegini!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembangkang buat bising saja PM mansuhkan ISA. sekarang dalam rancangan nak hapuskan Akta Hasutan pula. apa bend menda ni..tak lama lagi Malaysia tidak ada undang-undang pencegahan free for all..best lah..hang sepak kepala aku aku sepak kepala hang semua boleh.

      Delete
    2. Oi anon 10.59, jgnlah lu nak TEMBERANG - Singapura tu adalah pusat Mossad/ISrael-CIA-MI6-NATO – lihat di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009!

      Delete
  2. Kalau S'pura dan ISrael-paling-KEPARAT tu yg. diTAJA Barat-ZIONIS boleh ada Akta Hasutan dan di ISrael ada ISAnya sendiri bawah mahkamah tentera iaitu "Administrative Detention" (yg. sedang memenjarakan termasuk menggunakan 'torture' ke atas BERATUS Bumiputera Palestin termasuk kanak-kanak, tanpa bicara); apahallah Malaysia ni nak TUNDUK sgt. dgn ancaman "demokrasi-hak asasi"-PENIPU Barat-ZIONIS (yg. juga MENGUASAI UN/ICC/ICJ/WWB/WHO/INTERPOL dsbnya)!?!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan sampai saya panggil anwar Ibrahim liwat jubo mak cik...

      Mangsa Terselamat 9/11

      Delete
  3. apa nak buat...bangsa melayu memang satu bangsa yg lemah lembut....menunduk..bertolak ansur(walau pun ditolak sampai nak masuk longkang)...pemaaf& pengecut...termasuk lah pemimpin2 mereka...baik umno,pas,&pkr...harapkan bersyarah jer mengalahkan guruh dilangit...tapi hati kecil...

    Pakcik Sambal Tempoyak.

    ReplyDelete
  4. sokong pakcik sambal tempoyak & makcik sambal belacan....dia org ni satu kampung pisang ke?sungguh patriotik....

    ReplyDelete