Pages - Menu

Wednesday, 12 November 2014

SUDAH TIDAK BERMINAT BELAJAR, FAHMI ZAINOL TAK GENTAR BIASISWANYA DITARIK BALIK OLEH JPA!


Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol tidak gentar dengan surat tunjuk sebab bertempoh 7 hari dan ancaman daripada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menamatkan biasiswanya.

Menurutnya, tindakan menarik balik biasiswa itu boleh dilakukan dan dia tidak peduli pun.

Melihat kepada reaksi dan gelagatnya, Fahmi Zainol sebenarnya sudah tidak berminat lagi untuk belajar sebaliknya dia lebih berminat dengan politik. Tempatnya untuk bermain politik sudah pun tersedia di dalam Pakatan Rakyat. Ditambah pula dengan namanya yang sedang 'memuncak' sekarang, bakal memperlihatkan Fahmi Zainol mengambilalih tugas serta peranan yang telah dimainkan oleh Adam Adli.

Apatah lagi berbanding Adam Adli yang lebih condong ke arah sosialis, Fahmi Zainol pula lebih condong untuk menyokong Anwar Ibrahim secara membuta tuli termasuklah menyanjungi idealisme Anwar Ibrahim yang dianggapnya sebagai satu keperluan akidah dan iktikad.

Jabatan Perkhidmatan Awam memberikan biasiswa kepada Fahmi Zainol untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang atau kursus yang tidak sepatutnya ditaja atau dibiasiswakan. JPA seharusnya perlu menamatkan atau menarik balik kesemua biasiswa atau tajaan ke atas para pelajar universiti yang tidak lagi berminat untuk belajar sebaliknya lebih berminat dengan politik seperti Fahmi Zainol.

Begitu juga dengan pinjaman pengajian tinggi (PTPTN), juga seharusnya ditarik balik daripada mana-mana pelajar yang tidak berminat dengan pelajaran sebaliknya sekadar berminat dengan aktiviti yang tiada kaitan dengan pelajaran mereka, tetapi bijak menggunakan alasan bodoh pemimpin Pakatan Rakyat membabitkan KEBEBASAN AKADEMIK.

Merendahkan gred dan kelayakan semenjak dari zaman 80-an semata-mata untuk melihat lebih ramai anak Melayu menggenggam ijazah, akhirnya memberikan kesan negatif kepada Melayu-Bumiputera itu sendiri apabila lebih ramai pelajar tidak berkualiti seperti Adam Ali, Safwan Anang, Khalid Ismath dan Fahmi Zainol dilahirkan daripada sistem berkenaan.

3 comments:

  1. mereka tahu...khalifah guan eng akan masukan mereka ke usm penang...sebab kerajaan negeri p.pinang ada kuasa ke atas universiti tersebut...adam& ismeth kabar nye dah di masukan kesana...harap admin buat pencerahan atas isu ini...

    ReplyDelete
  2. Fahmi pun budak jambu,kalau anwar bebas dia boleh dapat biasiswa dari tabung 'al Jubori', utk melanjutkan pelajaran keluar negara.Anwar banyak contects luar negara,dia pernah beri tahu saya semasa saya bersemuka dgn dia mengenai Saiful,kononnya dia dah nak hantar Saiful keluar negara sambung pelajaran,tiba-tiba Saiful dah buat lapuran pada polis,dia tunjuk pada saya beberapa sms antara Saiful dgn dia.

    ReplyDelete
  3. dah boleh agak siapa sponsor fahmi keliling malaysia

    ReplyDelete