Apabila Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menyatakan Pilihanraya PBT yang mahu diadakan oleh DAP, bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang negara, tetapi juga akan melebarkan lagi jurang perkauman di negara ini, Lim Kit Siang yang pernah terlibat secara langsung dengan 13 Mei 1969, segera menggunakan peluang untuk untuk memperemeh-remeh serta memperkecil-kecilkan tragedi berdarah tersebut.
Katanya, 13 Mei tidak boleh dijadikan sebagai hantu atau puaka untuk menakut-nakutkan masyarakat di Malaysia. Bahkan katanya juga, tragedi tersebut sepatutnya dilupakan dan rakyat Malaysia bersatu padu membina negara yang lebih harmoni dan lebih aman.
Itu kata Lim Kit Siang yang sehingga ke hari ini tidak pernah memohon maaf kepada rakyat Malaysia, khususnya kepada waris-waris mangsa keganasan berdarah pada 13 Mei 1969 sama ada mereka berbangsa Melayu, Cina, India mahupun Serani.
Para penyokong DAP juga menyifatkan hujah Hadi Awang sebagai ketinggalan zaman. Hadi Awang dilabelkan sebagai anjing tua yang berada dalam sangkar yang masih terkongkong dengan kenangan silam.
13 Mei merupakan sesuatu yang amat taboo di kalangan penyokong-penyokong DAP. Mereka telah mencuba segala-galanya untuk mengherotkan fakta tragedi tersebut. Daripada menyalahkan kepimpinan UMNO pada waktu itu, sehinggalah cuba menafikan pembabitan DAP dan Lim Kit Siang walaupun mereka tidak mampu menolak bukti bahawa yang terlibat mencetuskan pertumpahan darah dan persengketaan kaum pada tahun 1969 itu adalah DAP dengan kerjasama beberapa pihak lain termasuklah Parti Komunis Malaya dan Parti Buruh serta Parti Rakyat yang sememangnya pro Sosialis dan komunis.
Kita dapat melihat bagaimana DAP dan pecacai-pecacai mereka memperkecil-kecilkan tragedi 13 Mei 1969 dan menyifatkan sesiapa sahaja yang mengungkit tentang tragedi berdarah itu sebagai orang kuno, jumud dan tidak mengikuti perkembangan semasa.
Bagaimanapun, mereka sendiri tidak dapat menafikan tentang layanan buruk yang diberikan oleh DAP kepada orang selain Cina dalam parti itu sendiri. Berapa kerat yang dibenarkan menjawat jawatan-jawatan penting dalam DAP berbanding Cina? Berapa kali dalam DAP, bahasa kebangsaan menjadi bahasa utama berbanding bahasa Cina? Berapa kali dalam ceramah par pemimpin DAP berbangsa Cina kepada kelompok Cina setempat, mereka akan bertutur dalam Bahasa Kebangsaan sepertimana yang dilakukan oleh para pemimpin politik Cina di Indonesia, Thailand, Filipina, mahupun di Australia, Amerika Syarikat dan negara-negara lain?
Siapakah yang paling banyak mempersoalkan tentang Perlembagaan Persekutuan yang melindungi Bahasa Melayu, kedudukan orang-orang Melayu-Bumiputera, raja-raja Melayu dan agama Islam?
Justeru, mengapa pula mereka cuba nak menafikan bahawa Pilihanraya Perbandaran yang sudah tentu bersalahan dengan undang-undang tertinggi negara, akan mendatangkan keburukan lebih besar, terutama menerusi penguasaan bukan Melayu terutamanya Cina yang tidak akan membuka peluang sama sekali kepada orang lain seperti yang mereka lakukan di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur?
Maka tidak hairanlah mengapa beria-ia sangat mereka menghentam Hadi Awang dan Lim Kit Siang pula menyatakan, dia terkejut apabila pemimpin Melayu Islam seperti Hadi Awang ENGGAN TUNDUK SUJUD DAN AKUR kepada kehendak DAP!
Awatlah PAS masih boleh TUNDUK-mcm.-KULI kpd. puak si-PENGGANAS/EKSTREMIS PELAHAP-KANGKANG-BABI KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM walau diHINA/diCERCA mcm. ni?!
ReplyDeleteKalaulah PAS bersatu dg. ISMA/PERKASA - bagusnya!
Nek Tempoyak.