Walaupun telah didedahkan bahawa Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sekeluarga sekadar pelakon wayang opera, tetapi tentera-tentera upahan mereka berjaya melindungi kejalangan tersebut menerusi pelbagai serangan ke atas para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Mereka lebih aktif memperlekehkan para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional dengan bantuan para tentera upahan sehingga akhirnya label yang mereka berikan itu, melekat kukuh serta dipercayai dan diterima ramai, termasuklah di kalangan orang Melayu-Bumiputera sendiri.
Lim Guan Eng sudah terasa kehangatan apabila kemewahan yang dipertontonkan oleh isterinya secara umum, mula mengaitkan mereka dengan skandal kewangan melibatkan syarikat dan entiti pemaju hartanah. Apatah lagi menerusi perlantikan isterinya yang mempunyai kuasa terus ke atas tanah-tanah dan hartanah di seluruh Pulau Pinang, menambahkan lagi syak wasangka, walaupun pada masa yang sama, Lim Guan Eng cuba menggunakan kebijaksanaan akauntan dan auditor untuk menipu imbangan perakaunan serta laporan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Secara jelas, Lim Guan Eng mengikut jejak langkah keluarga Lee Kuan Yew yang telah memiliknegarakan Singapura untuk keluarga mereka sendiri, terutama yang berkaitan dengan perumahan, hartanah dan tanah di seluruh Singapura, sehinggakan syarikat guaman tunggal yang menguruskan isu-isu tanah dan hartanah di negara seberang tambak itu.
Dengan pendapatan dan perolehan selain pelaburan ke dalam Pulau Pinang yang menjunam di bawah pentadbiran Lim Guan Eng, perbelanjaan besar oleh Lim Guan Eng untuk kepentingan dirinya, dilihat sebagai satu bentuk penyelewengan dan perompakan besar.
Menariknya, bapanya, Lim Kit Siang serta para pemimpin DAP yang lain cuba mengalihkan isu ini dengan mengungkit-ungkit cerita tahun 1999 yang membabitkan Tun Daim-Mahathir sebagai cara mengambil kesempatan daripada keributan yang sedang berlaku sekarang ini. Isu tahun 1999 yang telah terbukti, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim sebagai penipu besar, kembali diulang-ulang bagi meyakinkan generasi muda yang malas membuat ulangkaji untuk mempercayai tohmahan bahawa DAP jujur, lurus, telus dan terpuji, manakala UMNO-BN pula sangat korup.
Barangkali kerana itulah, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang tidak mampu langsung untuk mempertahankan Betty Chew dan berharap isu-isu yang mendedahkan gaya hidup mewah Betty Chew tidak akan bertahan lama atau dilupakan menerusi ungkitan kisah Daim-Mahathir pada tahun 1999.
No comments:
Post a Comment