Keadaannya itu semakin memperkukuhkan label PUTERI FITNAH kepadanya kerana Nurul Izzah hanya pandai bercakap ketika memegang mikrofon tetapi apabila disoal di dalam mahkamah, Nurul Izzah tergagap-gagap dan akhirnya mengakui yang dia membuat fitnah.
Dengan wajah yang tidak berseri dan kelihatan lemah tidak bersemangat, apakah Nurul Izzah sudah sedar bahawa kerjaya politiknya yang dibina daripada fitnah dan tohmahan akan berakhir?
Perlu diingat, tahun lepas, Nurul Izzah akhirnya terpaksa mengakui yang dia mencipta fitnah dan membuat fitnah bagi mencapai kemenangan di Parlimen Lembah Pantai. Raja Nong Chik bagaimanapun, memaafkan Nurul Izzah walaupun terdapat desakan agar Raja Nong Chik tidak melepaskan Nurul Izzah kerana dia tidak akan belajar daripada kesilapannya.
Nurul Izzah kemudiannya bebas daripada sebarang hukuman atau pembayaran ganti rugi kepada Raja Nong Chik sekalipun, dia bersama-sama Rafizi Ramli telah menjahanamkan perniagaan Raja Nong Chik menerusi permohonan maaf terbuka dan mengakui kesalahannya.
Diharapkan NFCorp dan Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail tidak mengulangi kesilapan Raja Nong Chik. Manusia seperti Nurul Izzah perlu dihapuskan kerjaya politik mereka kerana kerjaya politik mereka tidak memberikan kebaikan kepada rakyat, sebaliknya lebih berminat untuk menghuru-harakan negara menerusi cerita-cerita fitnah. Saman ke atas Nurul Izzah perlu membuatkan dia tersedak dan kemudian memikirkan semula modus operandinya selaku Ahli Parlimen dan ahli politik tanpa perlu bergantung kepada lagi kepada retorik dan populariti sensasi seperti yang dilakukannya sekarang.
No comments:
Post a Comment