Pages - Menu

Wednesday, 21 January 2015

OPERASI JUDI KEMBALI MENGGANAS DI KOTA KINABALU

Di sebalik ikrar Ketua Polis Negara untuk membersihkan negara ini daripada sindiket perjudian dan mesin-mesin judi, ada pihak yang langsung tidak gentar malah tanpa takut-takut meneruskan operasi haram tersebut secara terbuka atau pun berselindung di sebalik label PUSAT HIBURAN KELUARGA.

Malah janji KPN bahawa mana-mana daerah yang masih ada mesin judi, tindakan akan diambil ke atas OCPD dengan ditukarkan ke bahagian lain, juga tidak cukup kukuh untuk memastikan daerah masing-masing bebas daripada pusat-pusat judi haram.

Di Kota Kinabalu semalam, polis Daerah Kota Kinabalu dari Cawangan D7, IPK Sabah dan D7 IPD Kota Kinabalu telah berjaya membuat rampasan dan tangkapan di sebuah kedai runcit yang beralamat di No.30, Tingkat Bawah, Jalan Tugu, Kampung Air Kota Kinabalu Sabah kerana disyaki menjalankan kegiatan mesin perjudian haram.

Antara yang dirampas adalah 10 unit tablet berjenama ACER, 1 unit telefon bimbit jenama LENOVO, 1 unit WIFI jenama 'TM' dan wang tunai bernilai RM370.

Empat orang penjaga premis dan dua orang pelanggan turut ditangkap.

Beberapa nama turut menjadi perbualan termasuklah 'Poh Cai' yang bergerak bebas di Tawau dan mempunyai kaitan dengan sindiket perjudian. Malah kenderaannya, NINJA KING berwarna maroon berharga ratusan ribu ringgit, juga banyak diperkatakan di Tawau.

Sehingga setakat ini, 'Poh Cai' yang dikatakan Kepala Judi Tawau, dilihat bebas tanpa sebarang tindakan. Beberapa operasi 'yang gagal' juga telah dilakukan dan tidak lagi diteruskan walaupun orang ramai di Tawau melaporkan tentang pusat-pusat judi haram di bandar berkenaan.

2 comments:

  1. Asyik-asyik PENJAGA premis-IKAN BILIS yg. diTANGKAP - sedgkan TAUKEH-TAUKEH KANGKANG BABI yg. TUANPUNYA sindiket JUDI-VIDEO GAME LUCAH/GANAS/PELACURAN/PEMBALAKAN HARAM dok BEBAS mcm. si 'Poh CaiBABI' tu, kat NEGARA ISLAM, pusaka nenek moyang berzaman kita ni!

    MENYAMPAH betul aku mana-amna si PEMIMPIN-PENIPU-KEPARAT!

    Nek Tempoyak.




    ReplyDelete
  2. IGP mesti kotakan Janji. Lencana d dada tu tulis INTEGRITI apa ntah... Jangan janji org munafik. Nanti KETULAHAN org Sabah bilang

    ReplyDelete