Pages - Menu

Tuesday, 27 January 2015

PAKATAN DAN PERGERAKAN LGBT TIDAK PUAS HATI, UMNO DIBENARKAN JADI PEMERHATI KES PONDAN DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN!

Mahkamah benarkan permohonan UMNO dilantik sebagai 'watching brief' kes transgender.

Mahkamah bersetuju kes ini melibatkan isu perlembagaan, meluluskan kebenaran merayu kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan seterusnya mengarahkan rayuan didengar dengan kadar segera.
**************

1. Umno melalui Sekretariat Perundangannya buat julung-julung kalinya hari ini dibenarkan Mahkamah Persekutuan sebagai peguam 'watching brief' bagi rayuan kes transgender.

2. Pasukan peguam Umno diwakili Ketua Sekretariat Perundangannya, Dato' Khairul Anwar Rahmat (yang juga Pengerusi SukaGuam), Shaharudin Dato' Ali, Adzly Ab Manas dan Mohamad Afiq Ammar Tulos.

3. Ini adalah keputusan tepat kerana Umno yang dianggotai lebih 3 juta ahli beragama Islam mempunyai kepentingan secara langsung terhadap apa-apa kes yang membabitkan kesucian dan kedudukan agama Islam.

4. Umno adalah parti tonggak pemerintahan Barisan Nasional di peringkat Persekutuan adalah berkepentingan untuk menghalusi perjalanan prosiding rayuan di Mahkamah Persekutuan.

5. Umno tidak berhasrat untuk menganiaya atau mendriskiminasi golongan transgender, namun ingin memberikan perspektif yang tepat berkenaan perbicaraan kes ini.

6. Sesungguhnya, ini adalah isu perlembagaan, hak asasi manusia dan kedudukan agama Islam- justeru, apa saja keputusan akan menentukan landskap perundangan dan rakyat Malaysia seterusnya.


Dato' Khairul Anwar Rahmat
Ketua Sekretariat Perundangan Umno Malaysia

No comments:

Post a Comment