Para pemimpin PAS terutama sekali Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN PAS juga tidak turun padang untuk mengambil peduli dengan nasib rakyat di kawasan mereka yang terkesan dengan banjir. Sebaliknya beberapa orang daripada mereka, termasuklah Husam Musa dan Hatta Ramli memilih untuk memberikan alasan-alasan yang tidak munasabah untuk menutup mulut para pengkritik.
Selepas banjir pun, PAS masih terus meletakkan tanggungjawab memulihkan kerosakan dan kemusnahan kepada Kerajaan Persekutuan sekaligus membayangkan yang Kerajaan Negeri Kelantan turut musnah seperti rumah rakyat mereka yang dilanda balak-balak hanyut.
Sebaliknya, seperti kebiasaan, PAS yang dibarisi oleh pemimpin-pemimpin yang bijak mencuri wang rakyat, mula memikirkan pelbagai tabung dan dana yang mengumpankan musibah dan malapetaka untuk memenuhkan tabung-tabung tin milo mereka.
Semalam, Nik Abduh ke Kota Kinabalu. Memandangkan jumlah yang hadir dalam mesyuarat tertutup pertama PAS Kota Kinabalu, kutipan tin milonya terlalu kecil untuk diumumkan. Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat pula lebih awal telah menubuhkan Tabung Banjir kononnya untuk membina semula rumah-rumah penduduk yang musnah tetapi kutipan berkenaan terus masuk ke akaun bank Pemuda PAS tanpa sebarang pengkhususan. Sekaligus menimbulkan keraguan yang Pemuda PAS akan mengotakan janji mereka.
PAS sudah menubuhkan terlalu banyak tabung derma tetapi kesemua tabung-tabung derma berkenaan lenyap begitu sahaja dan penghibahan derma-derma tersebut tidak pernah dibuat. Kes yang paling popular adalah Tabung Memali.
28 Januari nanti, sekali lagi PAS akan mengumpulkan DANA PILIHANRAYA dan dibuat di Sarawak.
DANA PILIHANRAYA boleh PAS usahakan tetapi untuk membantu para penyokong dan pengundi mereka yang kekal setia di Kelantan malah sehingga sanggup menggigit tangan para pembantu yang telah menyelamatkan mereka dari mati kebuluran, PAS buat-buat lupa.
No comments:
Post a Comment