Pages - Menu

Sunday, 11 January 2015

PASANGAN GURU LAKI BINI DI KEDAH DITAHAN POLIS KERANA SEBAR MAKLUMAT PALSU BANJIR, KONONNYA BANYAK MAYAT DITEMUI BERGELIMPANGAN DALAM RUMAH


Polis menahan sepasang suami isteri yang bekerja sebagai guru kerana disyaki menyebarkan maklumat palsu berkaitan bah kuning yang melanda negeri ini menerusi aplikasi WhatsApp baru-baru ini.

Pasangan berumur 45 dan 43 tahun itu ditahan pada pukul 12 tengah hari semalam oleh anggota Jabatan Siastaan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di rumah mereka di Kodiang, Kedah.

Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, suami isteri yang berasal dari Bachok, Kelantan dan Kodiang itu dikatakan menyebarkan maklumat palsu yang menyatakan sukarelawan menemui banyak mayat bergelimpangan di dalam rumah selepas air banjir surut.

Tambahnya, kedua suspek ditahan di bawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi serta Multimedia 1998. - UTUSAN ONLINE

9 comments:

  1. keyboard warrior dah kena tahan. mengajarlah baik2 dalam lokap.

    ReplyDelete
  2. Baik disiasat apa PUNCA sebenar BANJIR yg. amat ganjil ini - yg. MAJORITI mangsa umat Islam termasuk di Pantai Timur, Acheh dan Selatan Thailand!

    Dan bila juga si EKTREMIS-EKSTREMIS MUSUH ISLAM akan ditangkap dan dibicarakan secepat ini - termasuk si EKSTREMIS Kristian, loyar LONGKANG yg. MENGHINA ISLAM dan JAKIM?!

    Nek Tempoyak.



    Nek Tempoyak

    ReplyDelete
  3. Kita tggu kes eric 'pusing' tu plak..ada beza ker.??..

    ReplyDelete
  4. PECAt aje dari KERAJAAAn jadi guru sekolah Pondok Nik Ajis

    Di Pondok itu sebarlah fitnah hari2.

    ReplyDelete
  5. Padan mokaa.....ptuiii

    ReplyDelete
  6. Fitnah tu lebih berat dari membunuh...diorg x tau ke???...ke diorang percaya walaupun buat dosa besar mcmne pun tapi undi Pas masyuk surga!!!

    ReplyDelete
  7. hebat2 komen2.. mcm tahu serba serbi dlm dunia..

    ReplyDelete