Pages - Menu

Friday, 27 February 2015

ANWAR BAKAL DITEMPATKAN DI SEL 'ISTIMEWANYA' KEMBALI SELEPAS PERTEMUAN AZMIN ALI DAN PENGARAH PENJARA SUNGAI BULOH


25 Februari lalu, Azmin Ali telah melakukan lawatan ke atas Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh dengan menggunakan 'kabel' bernama DATO NARANDER SINGH, yang berjawatan Timbalan Komisioner Penjara. Sekaligus lawatan tersebut telah melanggar peraturan penjara yang menyatakan banduan baru hanya dibenarkan dilawati oleh ahli keluarga sekali dalam tempoh 4 minggu sahaja.

Anwar mula dimasukkan ke penjara pada 10 Februari 2015.

Azmin Ali bukanlah ahli keluarga Anwar Ibrahim dan lawatan oleh ahli keluarganya telah dibuat pada 13 Februari 2015. Sepatutnya sehingga 7 Mac, tiada sebarang lawatan lagi untuk Anwar Ibrahim.

Difahamkan, selepas pertemuan dengan Azmin Ali, Narander Singh bersetuju untuk menempatkan Anwar Ibrahim ke dalam sel 'istimewa' yang dikhaskan untuk pesakit yang menjadi tempat kediamannya sewaktu menjalani hukuman penjara 14 tahun kerana salahguna kuasa dan meliwat bekas pemandu peribadi isterinya. Sel tersebut lebih luas dan lebih privasi manakala sel-sel biasa yang menempatkan Anwar Ibrahim sekarang berkeluasan 12 x 8 kaki.

Dalam sel 'istimewa' itu, Anwar akan dibekalkan dengan katil, kerusi, meja, televisyen, bahkan besar kemungkinan juga telefon bimbit sebagaimana yang diperolehinya dahulu. Sekaligus menepati sebagaimana yang didesak oleh para peguam dan ahli keluarganya.

Sedikit rentetan peristiwa yang agak menarik untuk diperhatikan dan dinilai membabitkan tindakan Pengarah Penjara Sungai Buloh selepas Anwar Ibrahim dimasukkan ke penjara itu.

Pada 24 Februari 2015,kakitangan penjara telah bersetuju lampu jalan di hadapan penjara dimatikan dan dawai berduri atau penghadang untuk peserta candle night vigil dianjakkan 5 meter ke hadapan dari tempat asal, menjadikan jarak lebih kurang 35 meter dari pintu pagar utama penjara. Sekaligus mewujudkan ruang yang sempit untuk peserta candle light vigil berhimpun.

25 Februari, Azmin Ali datang ke Penjara Sungai Buloh dan bermesyuarat dengan Pengarah Penjara Sungai Buloh.

Hari yang sama, iaitu pada sebelah malam, dawai berduri atau penghadang telah dianjakkan ke tempat asal iaitu 5 meter ke belakang dari jarak yang telah dipersetujui sehari sebelumnya. Sekaligus mewujudkan ruang yang lebih luas untuk para peserta nyalaan lilin berhimpun.

Ada beberapa isu yang membabitkan tindakan Pengarah Penjara Sungai Buloh ini yang boleh dipertikaikan, termasuklah pengurangan kawalan keselamatan di pos pengawal di mana di hadapan pos pengawal tersebut terdapat sebuah pondok yang membolehkan pihak keselamatan membuat pemantauan.

Awal tahun 2015, seorang penolong pengarah berbangsa Melayu telah ditukarkan kerana tidak sebulu dengan pengarah Penjara Sungai Buloh ini. Menurut cerita, Narander tidak membenarkan daging lembu dibawa masuk ke kawasan penjara. Penolong Pengarah tersebut pula seorang yang mesra dengan kakitangan dan sering mengadakan kenduri atau majlis makan-makan di surau penjara. 


Persoalannnya, apakah justifikasi yang dibuat oleh Narander Singh dalam memberikan keistimewaan dan membuka ruang sebesar-besarnya kepada para penyokong Anwar Ibrahim? Adakah dia akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini membabitkan rusuhan dan pecah masuk ke penjara tersebut menerusi tindakannya memberikan ruang itu kepada Anwar dan para penyokongnya?

Atau adakah ini merupakan salah satu daripada polisi Penjara Sungai Buloh yang mana Pengarahnya boleh berbuat sesuka hati dengan melanggar peraturan penjara semata-mata kerana salah seorang banduan di penjara tersebut adalah Anwar Ibrahim?

Apa hubungan Anwar Ibrahim dengan Pengarah Penjara Sungai Buloh sehingga mewujudkan hubungan yang cukup istimewa itu?

Ada mana-mana pihak yang boleh memberikan jawapan atau penafian terutama sekali berhubung layanan istimewa yang bakal diberikan kepada Anwar?

11 comments:

  1. Harap Zahid Sotong dapat menerangkan kenapa dan bagaimana ini berlaku. Rakyat tidak buta dan tida pekak melihat Zahid Sotong yg berlagak Hero tetapi dalam Nuar Jubor, beliau nmasih menjilat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ,kita tak boleh marah pada Azmin atau Anwar ,kita kena marah pada sipa yg bertanggung jawab.Aku dah tak respek lama dgn si sotong tu,banyak benda ya dia cakap tak serupa bikin.

      Delete
  2. Apa nak heran. Anwar mmg akn dpt tmpat yg bagus DLM penjara sejak dia masuk dulu lagi. Pegawai penjara tu pun org kuat Elizabeth adun damansara slps bersara.
    Pernah mnjadi ahli majlis.
    Mana2 pegawai kerajaan yg Bantu akan diberi tmpt DLM pkr.

    ReplyDelete
  3. Tkpe azmin sponser tilam king siza,makanan hotel 7 bintang mengunakan duit gaji dia.

    ReplyDelete
  4. Siasat la benggali tu... mungkin ada kira-kira kut? Tu pasal si KETUM gila sangat nak duduk Sg Buluh sebab ada kaki kat dalam istana lama dia...

    ReplyDelete
  5. Api dalam sekam. Kerajaan kita bagus, tapi penjawat awam lah yg buat rakyat benci kerajaan.

    ReplyDelete
  6. Aku cadangkan Anwar dihantar ke pulau jerejak. Tak de la candlelit vigil, MB menyebok, signal handset yealek etc.

    ReplyDelete
  7. betul tu dalam sekolah aku bersepah cikgu yg 24 jam kutuk kerajaan. SEMUA tak betul dimata mereka...yg penting hujung bulan ada gaji, akhir tahun ada bonus ...undi tetap pembangkang

    ReplyDelete
  8. Habis le kita semua. Kalau dh kat penjara pun ade orang2 dia dan penyokong2 dia, tak payah le ade penjara lagi. Buat tahanan dlm rumah aje. Malaysia sudah hancus. Kakitangan2 kerajaan sudah tidak beretika lagi. Mekedarah duit haram je.

    ReplyDelete
  9. SPRM, jangan tutup mata dan pekak kan telinga dgn isu yg d utarakan d atas. Lakukan apa yang patut, jgn hakiskan dgn kuasa yg ada.

    ReplyDelete
  10. tukarkan saja banduan special ni ke penjara kajang atau tempat lain yang sesuai dengan selera sebenar seorang banduan bukan lah dia seorang biduan .kalau di luar dia cipta lagu sabah hilang dan lain lagu yang dinyanyikan nya. dalam sana dia adalah seorang banduan sama taraf dengan banduan lain yang berada didalam pengawasan untuk mendapat keinsafan ..

    ReplyDelete