Pages - Menu

Tuesday, 17 February 2015

ANWAR IBRAHIM JADI BANDUAN PERTAMA DIBENARKAN BAWA TELEFON BIMBIT?

Belum pun sehari Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penjara mengeluarkan kenyataan yang menafikan Anwar Ibrahim diberikan layanan istimewa di Penjara Sungai Buloh, malah turut menegaskan bahawa Anwar Ibrahim sama seperti banduan-banduan lain yang tidak dibenarkan memiliki telefon bimbit, gambar di Mahkamah Tinggi Putrajaya hari ini, lain pula ceritanya.

Berbeza dengan banduan-banduan lain yang dikenakan pelbagai sekatan mengikut undang-undang penjara, Anwar Ibrahim, banduan jenayah, tidak pula tertakluk kepada undang-undang berkenaan. Tidak sahaja tangannya tidak bergari, kecuali 'ditemani' oleh dua orang pegawai penjara, sekeping gambar yang sempat dirakamkan juga menunjukkan di tangan Anwar Ibrahim terdapat sebuah telefon bimbit.

Pun begitu, gambar berkenaan turut boleh dipertikaikan kerana beberapa individu yang kelihatan dalam gambar berkenaan, tidak kelihatan di Mahkamah Tinggi hari ini. Malah gambar berkenaan mempunyai persamaan dengan sekeping gambar membabitkan Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan tidak lama dahulu.

Mungkin faktor telefon bimbit itu boleh dipertikaikan, tetapi keadaan susuk tubuh, gaya berpakaian Anwar Ibrahim masih lagi perlu dijawab oleh Jabatan Penjara.

Di sebalik tekanan para peguam dan kaum keluarga Anwar Ibrahim agar banduan jenayah itu diberikan keistmewaan berbanding banduan-banduan lain, termasuklah mempunyai bilik sendiri, katil dengan tilam Vonno yang kononnya sesuai untuk tulang belakangnya, kerusi meja, bahkan mungkin juga komputer, televisyen dan perkhidmatan televisyen kabel berbayar, penafian yang dibuat oleh Jabatan Penjara tentang keistimewaan Anwar Ibrahim, tidak cukup meyakinkan.


Banduan jenayah liwat yang lain, walaupun dihadapkan semula ke mahkamah tidak menikmati keistimewaan seperti Anwar Ibrahim. Banduan jenayah liwat lain tidak dibenarkan berjumpa, dipeluk atau berbual dengan ahli keluarga. Tangan mereka bergari dan digiring oleh pegawai-pegawai penjara. Rambut mereka juga tidak berkilat dan dipotong pendek.

Anwar Ibrahim sekarang adalah banduan penjara, bukan lagi tahanan lokap polis. Dia tertakluk sepenuhnya kepada peraturan-peraturan penjara. Mengapa dia perlu dilainkan berbanding banduan-banduan lain? Mengapa perlu dia diberikan keistimewaan sebegitu rupa walaupun sekadar bertemu kaum keluarganya di mahkamah sedangkan banduan-banduan lain tidak mempunyai kebenaran berbuat begitu?

Apakah kerana namanya ANWAR BIN IBRAHIM, maka dia perlu diberikan keistimewaan dan kelainan?

Namun kemunculannya di Mahkamah Tinggi hari ini, membuatkan integriti Jabatan Penjara terutama sekali Penjara Sungai Buloh amat-amat diragui. Maka tidak hairanlah mengapa Anwar Ibrahim memilih Penjara Sungai Buloh untuk tempat bermastautinnya selama lima tahun berbanding penjara-penjara lain.

4 comments:

  1. Saya mencadangkan agar di penjara disediakan kemudahan berbayar di mana mana-mana banduan yang kaya walaupun melakukan jenayah yang sangat kejam atau sangat teruk diberikan kemudahan seperti bilik penjara yang setaraf hotel 5 bintang, disediakan jakuzi, talian internet, komputer bimbit, telefon bimbit pintar, katil kayu jati mahal dan tilam import yang mahal, makan minum disediakan oleh tukang masak khas yang bertaraf hotel 5 bintang, di sediakan bar dan pusat hiburan peribadi, ada kolam renang, serta sediakan tukang urut merangkap tukang puas nafsu untuk kemudahan dan keselesaan banduan kaya raya. Duit hasil bayaran itu masuk dalam kelab persatuan penjara, boleh makan angin setiap tahun ke Medan, Bandung, Melbourne, Dubai dan sebagainya.

    Jika inilah keadaan di penjara apabila yang kaya dapat kemudahan itu dan ini, sedangkan banduan yang dari keluarga miskin dibiarkan merempat tidur atas simen, makan pun ala kadar, tak tahulah apa lagi nak dikatakan, membusuk hingga ke usus sahajalah.

    ReplyDelete
  2. Selalu tengok dalam filem Hindustan dan Tamil saja keadaan macam ini, tapi dah jadi realiti di Malaysia, apa guna ada Menteri Dalam Negeri? Apa guna ada Ketua Pengarah Penjara? Apa guna ada Pengarah Penjara? Apa guna ada undang-undang?

    Buat penjara persendirian berbentuk banglo mewah yang mempunya berbagai kemudahan mewah untuk 'memenjarakan' banduan kaya berstatus VIP, undang-undang boleh dijual beli, entah apalah gunanya undang-undang sekarang ini ye?

    ReplyDelete
  3. Penjara negara ini nampaknya mengandungi 2 set SOP. Orang salah tetap orang salah walau siapa mereka tu. Kami yg sekolah atap ingat benda ni hanya berlaku di penjara Amerika Latin saja, tapi rupanya negara kita pun sama

    ReplyDelete
  4. Dh pengarah penjara pon sekapai dgn nuar yeop...nk wat lagu mana

    ReplyDelete