Pages - Menu

Thursday, 26 February 2015

ANWAR IBRAHIM SUDAH SIAPKAN PERMOHONAN PENGAMPUNAN DIRAJA LEBIH AWAL RUPA-RUPANYA!

Dua hari sudah, keluarga Anwar Ibrahim ke Istana Negara untuk menyerahkan petisyen pengampunan diraja sekalipun Nurul Nuha yang megetuai rombongan ke Istana Negara mneyatakan, mereka mahu DYMM Yang Di-Pertuan Agong menyemak dan membatalkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015 yang memenjarakan Anwar Ibrahim selama 5 tahun kerana kesalahan JENAYAH LIWAT.

Sehinggakan Nurul Nuha dan keluarga Anwar Ibrahim sentiasa menekankan bahawa Anwar Ibrahim adalah TAHANAN POLITIK walaupun hakikatnya dia adalah BANDUAN JENAYAH LIWAT.

Petisyen pengampunan tersebut kononnya diusahakan oleh keluarga Anwar Ibrahim sendiri dan tanpa pengetahuan Anwar. Itu yang dikatakan oleh Rafizi Ramli dan itulah yang PKR mahu orang ramai percaya.

Bagaimanapun, antara syarat petisyen pengampunan ialah, si pemohon perlu mengakui kesalahannya tanpa mempertikaikan keputusan mahkamah, menginsafi perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan jenayah itu lagi pada masa hadapan.

Perkara terpenting lagi ialah, petisyen tersebut perlu ditandatangani oleh si pemohon iaitu dalam kes ini, Anwar Ibrahim. Wan Azizah dan ketiga-tiga orang anak perempuannya tidak boleh meletakkan nama mereka dalam petisyen pengampunan tersebut sebagai mewakili Anwar Ibrahim.

Mustahil keluarga Anwar Ibrahim yang mengandungi berpuluh-puluh orang peguambela tidak menyedari tentang hal itu. Mustahil keluarga Anwar Ibrahim yang sekarang ini diketuai oleh Wan Azizah dengan sengaja mahu melepaskan peluang terbaik dengan tidak mendapatkan tandatangan Anwar Ibrahim untuk petisyen tersebut.

Tanpa tandatangan Anwar Ibrahim, secara automatik petisyen berkenaan terbatal. Sekaligus perlucutan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh - yang sepatutnya sudah berlaku berdasarkan Perlembagaan - akan berlaku ke atas Anwar Ibrahim.

Maklumat yang diperolehi menunjukkan petisyen tersebut sudah pun ditandatangani oleh Anwar Ibrahim lebih awal. Sebelum keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lagi, petisyen tersebut telah disiapkan. Anwar Ibrahim sudah pun menjangka yang dia akan masuk penjara kerana dia sedar, dia tidak mempunyai sebarang bukti dan fakta untuk menang dalam perbicaraan liwat. Walaupun telah membazirkan masa selama 7 tahun, Anwar Ibrahim tetap gagal untuk memansuhkan bukti dan menyelewengkan fakta menggunakan kaedah teknikal.

Justeru, dia menyediakan pelan berasingan iaitu memohon pengampunan diraja untuk jenayah yang dilakukannya. Pun begitu, Anwar Ibrahim tetap tidak mahu menunjukkan yang dia sudah kecundang. Dia tetap mahu dipandang megah. Kerana itulah, keluarganya memilih untuk menghantar petisyen pada hari terakhir petisyen pengampunan boleh dihantar.

Lawan Tetap Lawan! I Will Never Surrender!...

Kesemuanya adalah retorik semata-mata. Hakikatnya, Anwar juga sama seperti manusia biasa yang lain. Akan menggunakan semua peluang dengan sebaik-baiknya. Apatah lagi dengan bekalan duit yang cukup banyak yang entah dari mana datangnya, membolehkan Anwar menggunakan segala peluang tersebut dengan sebaik-baiknya!

Yang bodohnya adalah para pengkagum retoriknya.

1 comment:

  1. Sedangkan hendak semak/keluarkan wang simpanan pekerja/tabung haji/akaun bank pun memerlukan tanda tangan pemilik akaun dan pemilik sendiri wajib menghadirkan diri ke kaunter berkenaan inikan pulak "permohonan pengampunan" di Raja. Tak kan semudah itu, iaitu boleh dimohon oleh wakil "pemohon". Kalau begitu, Tian Lan Chau/Go hobin Jang Hobin Deo/ Siva Lu Rasalah dan Azmin Ali "kongsi" Nuar bolehlah kemukakan permohonan pengampunan bagi pihak Nuar. Oh Azizah...rupa kamu yang "cantik" alis mata yang lentik...bikin hati Agong terpikat....Mana pergi "Kipas Sakti" yg sering dipakai masa kempen PRK Kajang. Mungkin Nuar bawak masuk "sel penjara" kerana sekarang kan musim panas. Itulah.....dulu lagi orang dah ingatkan kisah umat nabi Lut....tapi siapa peduli.

    ReplyDelete