Bukan main lagi aksyen pecacai Anwar Ibrahim yang melakukan provokasi ke atas anggota-anggota polis yang ditugaskan mengawal situasi di pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya. Barangkali dia fikir dengan parut di mukanya, dan dikelilingi pula oleh golongan pengecut yang hanya berani apabila jumlah mereka ramai, maka seronok dan samsenglah dia dengan provokasi sebegitu.
Apakah dia fikir, akan ada Anwar Ibrahim atau anak-anak Anwar Ibrahim yang akan menyelamatkannya jikalau tindakan undang-undang dikenakan ke atasnya berbanding dia dijadikan kambinghitam dan modal untuk anak-beranak Anwar Ibrahim naik kuasa?
Provokasi sebegini sebenarnya hanya mendatangkan lebih banyak masalah berbanding objektif sebenar. Atau sebenarnya memang objektif anak muda itu adalah agar pihak polis melakukan 'serangan' dan mudahlah mereka menggunakan alasan itu untuk merusuh dan mengamuk?
No comments:
Post a Comment