Pages - Menu
▼
Tuesday, 24 February 2015
DAP SEBENARNYA PENTERNAK JUDI HARAM DAN SINDIKET PELACURAN
Selama ini, DAP cukup kuat menolak dan menafikan berita tentang penglibatan para pemimpin parti itu dalam kegiatan subversif dan maksiat terutama sekali judi dan pelacuran. Bagaimanapun, dalam beberapa kes membabitkan penangkapan beberapa orang bawahan DAP yang terlibat dengan pengedaran dadah dan menjadi pelindung kepada rumah-rumah pelacuran, para pemimpin besar DAP yang rata-rata merupakan golongan yang paling kuat membuat saman fitnah, langsung tidak berkeinginan untuk berbuat begitu.
Sebabnya mereka tahu yang pelacuran, dadah dan judi merupakan nadi serta pendapatan utama DAP. Disebabkan itulah, DAP cuba mewujudkan polis sendiri seperti Pasukan Peronda Sukarela yang dibiayai menerusi cukai rakyat tetapi fungsi mereka adalah untuk menjaga kepentingan sindiket yang berpusat di Pulau Pinang.
Kalau kita ingatkan kembali, DAP juga pernah mencadangkan agar Selangor juga dibenarkan memiliki polis sendiri. Ini adalah kerana selain Pulau Pinang, Selangor juga adalah pusat terbesar sindiket pelacuran, judi dan dadah yang mempunyai kaitan dengan DAP.
Kemuncak daripada desakan agar DAP dibenarkan memiliki polis sendiri adalah kematian Teoh Beng Hock yang membunuh diri kerana cuba melindungi kegiatan dan penyelewengan yang melibatkan sebahagian pemimpin DAP Selangor khususnya Ean Yong Hian Wah.
Kes siasatan SPRM yang membawa kepada kematian Teoh Beng Hock sehingga kini tergantung apabila DAP lebih membesar-besarkan tentang kematian Teoh Beng Hock berbanding penyebab kepada kematiannya.
Dua hari sudah, beberapa orang pengguna Facebook telah mendedahkan tentang perangai buruk ADUN Balakong, Eddie Ng. Eddie Ng telah menggunakan premis DAP yang dibiayai oleh wang rakyat negeri Selangor untuk berjudi. Apabila ditanya, Eddie Ng sekadar menjawab acuh tidak acuh, manakala Anthony Loke, Tan Kok Wai dan beberapa orang pemimpin DAP yang lain memberikan reaksi yang sangat menjengkelkan berbanding reaksi mereka sekiranya pihak UMNO atau Barisan Nasional terlibat.
Dengan penguasaan DAP dalam PBT, selain mereka juga dikenali sebagai PEMBERI RASUAH TEGAR dan manipulator yang tidak berhati perut, industri pelacuran dan judi berkembang biak di mana-mana kawasan yang mereka kuasai.
Eddie Ng dan Hew Kuan Yau telah pun menunjukkan bukti betapa judi dan pelacuran tidak dapat dilekangkan daripada DAP. Eddie didedahkan sebagai pemain judi perungus yang kalah sehingga kepanasan dan membuka butang baju, manakala Hew Kuan Yau pula mengiklankan betina pelacur dalam ucapan Selamat Tahun Baru Cinanya.
No comments:
Post a Comment