Pages - Menu

Tuesday, 10 February 2015

KEPUTUSAN BELUM DIBACA: PARA PEMIMPIN PAKATAN SEMAKIN YAKIN, ANWAR IBRAHIM AKAN MASUK PENJARA!

Reaksi yang ditunjukkan oleh seorang anak Anwar Ibrahim ketika kesimpulan perbicaraan dibacakan oleh Ketua Hakim Negara, menunjukkan keyakinan yang semakin melebur. Pembohongan dan dakyah yang dibuat selama ini, telah dipatahkan oleh Ketua Hakim Negara sendiri berdasarkan proses perundangan yang menyajikan bukti dan fakta berbanding di pentas ceramah yang hanya menggunakan dakyah, tohmah dan fitnah.




Rafizi Ramli adalah orang yang paling sibuk sehinggakan dia terpaksa memberikan isyarat kepada para penyokong untuk melakukan rempuhan, tetapi amaran daripada Ketua Polis Negara tentang provokasi dan kekacauan yang dicetuskan sehabis keputusan diumumkan, menyebabkan Rafizi Ramli memilih untuk menyalahkan UMNO dengan menyatakan telefonnya telah diceroboh!


Nurul Izzah juga nampaknya sudah berputus asa dan menerima hakikat, Anwar Ibrahim akan didapati bersalah. Bagaimanapun, dia menyalahkan hakim dan menuduh hakim berat sebelah dan tidak bertindak adil sehinggakan memberi amaran bahawa hakim-hakim yang menjatuhkan hukuman berdasarkan fakta dan bukti, akan dimasukkan ke dalam neraka.



Lim Guan Eng juga nampaknya senada dengan Nurul Izzah.

Anwar Ibrahim sendiri, awal-awal lagi berkata, dia sudah redha dengan apa-apa sahaja keputusan walaupun hakikatnya, dia telah membuang masa selama 6 tahun dan melakukan pelbagai perkara semata-mata untuk melepaskan diri daripada kesalahan yang dia sendiri lakukan.

1 comment:

  1. Kepada Nurul Izzah, politicians go to hell too, especially you. Sudah didapati bersalah memfitnah, dosa yang lebih besar daripada meliwat kot.

    Pandai menghukum orang tu orang ni berdosa tapi gagal nampak dosanya sendiri.

    ReplyDelete