Pages - Menu

Thursday, 26 February 2015

NURUL IZZAH SUDAH TERLUPA, KERANA SPR JUGALAH, DIA MENANG DI LEMBAH PANTAI WALAUPUN MENFITNAH RAJA NONG CHIK!

Nurul Izzah kembali menghentam SPR setelah bantahan yang cuba diusahakan oleh PKR dan DAP gagal berhubung persempadanan semula DUN Sarawak yang menyaksikan kewujudan 11 DUN baru. Sama seperti pendirian rasmi PKR dan DAP serta BERSIH yang menyatakan penambahan DUN tersebut akan membolehkan Barisan Nasional menang besar pada PRN akan datang, Nurul Izzah seperti biasa segera membawa mulut dan cerita fitnah tentang SPR. (SINI)

Pada PRU-13 lalu, Nurul Izzah telah menfitnah calon dari UMNO-BN Lembah Pantai, Raja Nong Chik. Dalam PRU itu, Nurul Izzah telah berjaya memenangi kerusi Lembah Pantai dengan majoriti yang jauh lebih kecil dan pada saat-saat akhir.

Dia telah diheret ke mahkamah dan akhirnya dia terpaksa mengaku salah menfitnah Raja Nong Chik. Dengan muka berlakon sedih, dia memohon maaf dan berjanji tidak akan menfitnah Raja Nong Chik lagi.

Namun itu hanya janjinya dengan Raja Nong Chik. Bahagian-bahagian atau orang-orang lain, tetap juga difitnahnya terutama apabila tiada sebarang tindakan undang-undang dikenakan kepadanya. Lagaknya yang penuh keyakinan seolah-olah dialah yang bijak, dialah yang terpandai dan dialah yang paling bijaksana.

Hakikatnya, Nurul Izzah sama seperti bapanya, tongong!

Nak tunggu perintah mahkamah apanya kalau wakil rakyat PKR sendiri sudah mahu menarik balik saman di mahkamah berhubung persempadanan semula. Sebab utamanya ialah, kegagalan PKR, DAP dan BERSIH untuk menampilkan sekurang-kurangnya 100 orang pengundi di kawasan yang dibuat persempadanan semula.

Kegagalan itu sepatutnya disebut oleh Nurul Izzah bukannya menyalahkan SPR kononnya SPR bertindak sebagai parti untuk Barisan Nasional. Bukankah kerana SPR jugalah, Nurul Izzah menang di Lembah Pantai?

Sepatutnya dia belajar bersyukur kerana kalau bukan SPR, sudah tentu dia telah dilucutkan jawatan Ahli Parlimen Lembah Pantai kerana menipu, menfitnah dan membuat tohmahan ke atas pihak lawan.

Sebaliknya dia cuba menipu lagi dengan menyalahkan SPR, walhal sebenarnya yang salah adalah PKR sendiri. Sudahlah tidak mendapat tempat di Sarawak walaupun cuba bertanding di 50 Kerusi dan hanya menang 5, lagaknya tidak pernah berkurangan!

1 comment:

  1. memang Izzah tongong , macam bapa dia juga. kamjat punya orang!

    ReplyDelete