Pages - Menu

Sunday, 15 March 2015

ALASAN UNTUK LANGGAR TITAH DYMM SULTAN JOHOR, SYARIKAT DAH BAYAR CUKAI!


Atas alasan kononnya mereka telah membayar cukai dan wang cukai tersebut sangat besar, maka mereka boleh berbuat sesuka hati. Tiada larangan, tiada undang-undang, tiada akta mahupun tiada peraturan yang boleh menyekat, menghalang mahupun perlu dipatuhi.

Itulah yang ditunjukkan oleh sebuah syarikat swasta yang mempunyai kaitan dengan perniagaan pengangkutan di Johor. Menggunakan nama XIN HWA, syarikat berkenaan telah mengeluarkan surat arahan pembekuan cuti kepada semua kakitangannya walaupun pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Johor telah mewartakan 25 Mac 2015 sebagai CUTI AWAM.

Arahan telah diberikan agr semua sektor swasta di Johor memberi kelepasan cuti awam kepada pekerja masing-masing sempena istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibn Almarhum Sultan Iskandar pada 23 Mac nanti.

Bagaimanapun, syarikat XIN HWA mengarahkan para pekerjanya agar TIDAK MEMATUHI ARAHAN tersebut kerana arahan tersebut kerana barangkali beranggapan arahan tersebut tiada kena-mengena dengan syarikat berkenaan. Sekaligus menunjukkan syarikat berkenaan turut beranggapan titah tersebut serta arahan Kerajaan Negeri hanya terpakai untuk orang Melayu-Islam saja.


Jikalau teori ini benar, ini adalah selari dengan hujah yang dibawa oleh Eric Paulsen PKR, peguam yang mempertikaikan kedudukan Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu dalam Perlembagaan Malaysia sebelum ini.

Untuk pengetahuan, Johor adalah negeri Melayu pertama yang mengimport, menempatkan dan membenarkan penempatan bebas orang Cina ketika zaman pemerintahan Maharaja Abu Bakar ketika industri penanaman gambir dan lada hitam di Johor. Buruh-buruh Cina bukan sahaja diberikan tempat dan bebas membuka tanah tetapi juga membuka pekan dan memiliki tanah.

Bagaimanapun, selepas beberapa generasi, nampaknya sudah ramai yang terlupa tentang fakta berkenaan!


3 comments:

  1. Bangsa tu cakap bahasa malaysia pun tak reti inikan pula nak memahami peribahasa dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung.

    ReplyDelete
  2. Kerajaan Negeri apa yang boleh buat? Titah Sultan dah boleh diijak-ijak dan ditepikan... Agaknya mau Titah dari MAHARAJA CHINA kot....?

    ReplyDelete
  3. 2 sets of law? Boleh, buang kerakyatan ko dulu.

    ReplyDelete