Ketika pendedahan berhubung surat arahan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dibuat, para pecacai PKR menyatakan ia adalah surat palsu. Bagaimanapun, hampir 24 jam masa yang diambil untuk menyatakan surat tersebut palsu. Bahagian atau perenggan yang menyatakan upah dan bayaran yang akan diberikan iaitu RM150 dan RM600 serta pengesahan penyertaan, telah dibuang dalam 'surat original' yang diposkan selepas 24 jam pendedahan dibuat.
Penafian yang dibuat oleh para pecacai PKR itu bagaimanapun, tidak disertakan dengan bukti. Sebaliknya terdapat bukti yang menunjukkan ada pembayaran dan pengesahan penyertaan dibuat selepas demonstrasi yang sekadar mampu menghimpunkan antara 2500 sehingga 3000 orang itu, walaupun PKR cuba membesar-besarkan angka menjadi 10,000 orang.
Kalau sebelum ini, Zuraidah Kamaruddin dilihat membayar upah kepada para peserta demonstrasi, kali ini, beberapa orang Wanita PKR dikesan menjadi pembayarnya dan kedudukan mereka diletakkan secara berselerak. Mereka akan memeriksa kad keahlian terlebih dahulu serta mengesahkan penyertaan tersebut dengan mencatatkannya pada sekeping kertas.
Sebelum ini juga, beberapa sumber menyatakan, PKR terpaksa mengupah pendemonstrasi profesional dan sepenuh masa untuk meramaikan demonstrasi-demonstrasi anjuran mereka. PKR sentiasa menafikan perkara tersebut tetapi bukti-bukti yang ditunjukkan oleh pihak-pihak yang membuat pendakwaan pula, adalah sebaliknya.
Tanpa penyertaan PAS, demonstrasi PKR amat hambar sepertimana yang berlaku semalam sehinggakan PKR terpaksa mencipta fantasi mereka sendiri dengan ungkapan 'LAUTAN MANUSIA' dan 10,000 orang!
PEMBERI DAN PENERIMA RASUAH- HARAM
ReplyDeleteSemua nk kena upah. Eloklah, upah org demonstasi utk beri sokongan kpd pesalah liwat. Sokongan diberi dpt dosa, ambik upah buat onarpun dpt dosa. Dosa bertingkek tingkek...
ReplyDeleteDerma kat mangsa banjir lagi afdal , pahalanya berpanjangan ini dapat dosa berkekalan
ReplyDeleteParti yang paling munafik, saya rasa dia akan terkubur selepas pilihanraya nanti. Semoga Allah makbulkan doa ini.
ReplyDeleteaminnn....
ReplyDeleteabis macmna yang bedemo tak dapat wit ? ruge lee
ReplyDelete