Pages - Menu

Monday, 23 March 2015

LIM KIT SIANG MABUK KETUM, TAPI MABUKNYA HANYA UNTUK KETUANAN DAP

Malu dan mahu membalas dendam ke atas PAS, membuatkan Lim Kit Siang mengeluarkan cadangan agar UMNO-BN bergabung dengan DAP dengan syarat, UMNO mengumumkan penentangan ke atas undang-undang hudud.

Alasan Lim Kit Siang ialah, untuk 'menyelamatkan Malaysia' dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan serta kedaulatan undang-undang negara.

Anehnya, Lim Kit Siang dan DAP sendiri tidak pernah berani mahu mengisytiharkan pendirian Malaysian Malaysia secara terang-terangan yang bertujuan mahu menghapuskan beberapa Artikel dalam Perlembagaan Persekutuan terutama sekali yang membabitkan kedudukan orang Melayu-Bumiputera, Bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan yang paling penting kedudukan Agama Islam sebagai Agama Persekutuan.

Terlalu banyak contoh kalau kita hendak berikan tentang bagaimana DAP secara sengaja dan dalam keadaan sedar mahu mengucar-ngacirkan negara ini serta langsung tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan walaupun para pemimpin mereka merupakan antara penggubal undang-undang.

Contoh terbaik ialah bagaimana DAP secara berselindung dan menjadi tangan ghaib, cuba memecahbelahkan negara ini dengan mendalangi kempen memisahkan Sabah dan Sarawak daripada Persekutuan Malaysia menerusi bantuan serta dana yang disalurkan kepada kumpulan seperti SSKM yang dipimpin oleh ahli dan penyokong tegar DAP sendiri iaitu Doris Jones.

DAP menempatkan orang Cina tempatan sebagai kepala-kepala dalam unit SSKM manakala masyarakat Bumiputera pula dipergunakan sebagai macai dan barua untuk berdemonstrasi atau melakukan kerja-kerja subversif secara fizikal.

DAP turut mahukan status autonomi diberikan kepada Pulau Pinang dalam usaha mereka untuk memerdekakan Pulau Pinang dari Malaysia walaupun hakikatnya, Pulau Pinang merupakan sebahagian daripada Kedah yang perlu diserahkan kembali haknya kepada DYMM Sultan Kedah.

Sekarang, Lim Kit Siang bercakap tentang kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan?

Hanya kerana PAS membentangkan undang-undang hudud dan diluluskan di DUN Kelantan selain bercadang untuk mengusulkan pembentangannya di Dewan Rakyat?

Lim Kit Siang barangkali sudah terlalu gila sehingga tidak tahu apa yang telah dilakukannya sebelum ini terutama sekali yang mencetuskan peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

5 comments:

  1. Hahaha..babi ini dah gila..

    ReplyDelete
  2. Tanpa bantuan ahlol PAS Pakatan rakyat akan runtuh. Sekarang barua ni tahu berapa kuatnya PAS
    tanpa bantuan PAS kita lawan, demo dan macam2 tak menjadi. pilihan yang ada untuk anaknya terus menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang ialah berbaik-baik dengan UMNO pula.

    ReplyDelete
  3. Dia bukan gila beb...
    Dia main psikologi politik...
    Jangan terlalu cetek dgn 'silapkata' seorang chauvanist spt dia.
    Dia sebenarnya memberi 'tekanan politik' kepada UMNO. Jika UMNO setuju hudud, BN akan bertambah-tambah kehilangan undi kaum cina, jika UMNO tolak hudud, LKS akan makin bertambah-tambah dianggap HERO sebagai pemain politik di mata kaum cina.
    Cina tak akan pernah ingin rugi dalam setiap aspek benda yang boleh diniagakan (dipolitikkan) asalkan keuntungan tetap memihak mereka...
    BELAJARLAH PERANGAI & PEMIKIRAN RAKUS BANGSA CINA JIKA INGIN MENANG BERTARUNG DENGAN MEREKA.
    DALAM KEADAAN TERDESAK ATAU DALAM KEADAAN HAMPIR MATI SEKALIPUN, THEY NEVER GIVE UP... MEREKA JUST USE THEIR BRAIN & BRAIN....
    Kita bangsa melayu jangan terperangkap dengan mainan minda mereka.

    ReplyDelete
  4. Alah, cina ni sifat bangsa mmg suka main duit. Tabur duit je terjojol mata mat sabu, hilang serban pahlolrazi, buang kopiah terus kalid samat. Hakikatnya brain mereka tak lah cerdik sangat cuma diorang kerja keras kaw2 punya dan disokong dgn amalan duit under table.

    ReplyDelete
  5. Bahlolrozi dah tewas tinggal spender pemilihan calon bahagian kuala kedah....skg pastikan mujahit kalah semua jawatan smpi bogel bulat di bahagianya nnti...kalit samat...mahpos...husam...dan puak pluralisma dlm PAS ditewaskan...

    ReplyDelete