Pages - Menu

Wednesday, 11 March 2015

NURUL IZZAH MENYALAK LAGI TETAPI HANYA BERANI DI DEWAN RAKYAT, BUKANNYA DI LUAR!


Nurul Izzah menggunakan kekebalannya sebagai Ahli Parlimen Malaysia untuk membuat tuduhan melulu dan menghina sistem perundangan negara, terutama sekali kelima-lima orang Hakim Mahkamah Persekutuan yang telah sebulat suara (5-0) mensabitkan kesalahan JENAYAH LIWAT yang membuatkan Anwar Ibrahim tersadai di Penjara Sungai Buloh selama 5 tahun.

Barangkali berasakan dia selamat walaupun membuat tuduhan menghina mahkamah di dalam Dewan Rakyat, Nurul Izzah menggunakan kesempatan tersebut dengan menyatakan, kelima-lima orang Hakim Mahkamah Persekutuan yang telah menerima semua bukti dan fakta bahawa Anwar Ibrahim memang meliwat jantan.

Nurul Izzah menuduh Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan menjual diri kepada syaitan kerana mengekalkan hukuman penjara terhadap Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat.

Seandainya tuduhan tersebut dibuat di luar Dewan, pastinya Nurul Izzah akan berhadapan dengan tindakan perundangan. Bagaimanapun, Ahli-Ahli Parlimen boleh merujuk Nurul Izzah kepada Jawatankuasa Khas Parlimen untuk mengambil tindakan ke atas Nurul Izzah sekalipun, sebagai Ahli Parlimen, Nurul Izzah diberikan kekebalan.

Kekebalan Ahli Parlimen sebenarnya tidak membolehkan mereka bercakap apa-apa sahaja, termasuklah bersifat subversif.

Barangkali disebabkan itulah, Ahli Parlimen Pangerang, Azalina Othman mengecam dan menyelar Nurul Izzah sebagai orang kentut yang enggan mengaku terkentut. Bahkan dia menyarankan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat terutama sekali Nurul Izzah untuk menerima hakikat, Anwar Ibrahim adalah seorang BANDUAN JENAYAH yang didapati bersalah kerana meliwat bekas pembantu peribadinya. Malah menyindir dengan menyatakan, apabila menang kes, Pakatan Rakyat akan kata hakim dan mahkamah adil, tetapi apabila kalah, mereka akan menuduh mahkamah dan hakim dibeli.

1 comment:

  1. DLM PARLIMEN TAK DLM PARLIMEN. ZULKIFLI NORDIN DAH BUAT REPORT TU.
    SEBAB PULUT SANTAN BINASA SEBAB MULUT BADAN MERANA.
    SEBAB K*TE BENGKOK PAPA SATU KELUARGA MENERIMA BALA.

    ReplyDelete