Pages - Menu

Wednesday, 4 March 2015

RAFIZI TAK BOLEH JAWAB, TUTUP MALU DAN SURUH PECACAI SIARKAN SURAT EDIT!

Semalam, pendedahan tentang surat dari Pejabat Setiausaha Agung PKR yang meminta kedatangan dan kehadiran ahli-ahli PKR bagi meramaikan demonstrasi dengan umpan RM150 dan RM500 telah disiarkan. (DI SINI)

Sama seperti dokumen KAJANG MOVE yang berjaya didedahkan, kesilapan besar dan kekantoian mula berlaku apabila Rafizi Ramli buka mulut dan cuba 'membetulkan'nya. Apa yang berlaku selepas itu ialah, semakin banyak pendedahan dan cop PENIPU terpahat di dahi jendul Rafizi Ramli.

Sehingga kini, Rafizi Ramli gagal membuat laporan polis walaupun dia menafikan dokumen KAJANG MOVE yang didedahkan kepada umum itu adalah palsu. Dan lebih menarik lagi ialah, setiap pergerakan PKR, semuanya menepati sebagaimana yang terdapat dalam naskhah KAJANG MOVE itu termasuklah serangan ke atas 1MDB, Ringgit Malaysia, Rosmah Mansor, sistem perundangan, SPR, PDRM, GST dan sebagainya.


Surat semalam
 
Pendedahan semalam tentang kegagalan demonstrasi demi demonstrasi anjuran PKR dan AMK, telah membuatkan Rafizi Ramli menyedari kesilapannya apabila terdapat angka RM150 dan RM500 pada surat yang ditandatanganinya sendiri.

Hari ini, pagi-pagi lagi, para pecacai PKR cuba membetulkan keadaan dengan memaparkan kepada umum tentang 'surat sebenar' Rafizi Ramli. Sebahagian besar isi kandungan surat yang didedahkan semalam, telah dibuang dan disingkatkan.

Surat Hari Ini
 
Dan kali ini, Rafizi tidak bercakap lagi. Dia membiarkan para macainya buat kerja dan cuba menafikan dua helaian surat yang disebarkan semalam.

Kalut sangat nampaknya untuk cuba menafikan pemberian dan penyediaan RM150 dan RM500 kepada para peserta demonstrasi serta Cabang yang menyediakan kekuatan untuk demonstrasi jalanan pada 7 Mac 2015 nanti.

No comments:

Post a Comment