Pages - Menu

Friday, 13 March 2015

SELEPAS MAHKAMAH PERSEKUTUAN PUTUSKAN ANWAR IBRAHIM SEORANG PELIWAT, SAMAN RM50 JUTA KERANA MELIWAT MENANTINYA

Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah tertinggi dan yang terakhir dalam sistem perundangan di negara ini. Sekalipun keputusan Mahkamah Persekutuan boleh disemak semula, tetapi ia adalah sesuatu yang sangat remeh, leceh dan mempunyai prosedur yang jauh lebih ketat. Keputusan Mahkamah Persekutuan mengatasi semua keputusan mahkamah-mahkamah lain di negara ini.

Pada 10 Februari 2015, Anwar Ibrahim telah disabitkan dengan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan dan Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 iaitu penjara 5 tahun ke atas Anwar.

15 orang peguam membela Anwar Ibrahim, tetapi tidak seorang pun daripada mereka menafikan Anwar telah melakukan liwat, sebaliknya berusaha meminta Mahkamah Persekutuan menerima kesimpulan bahawa liwat yang berlaku adalah 'SUKA SAMA SUKA'.

Sebelum Mahkamah Persekutuan membuat keputusan pada 10 Februari, bukan main meriah lagi, Anwar Ibrahim menyaman sesiapa sahaja atau mana-mana sumber yang menyatakan dia telah diliwat. Kebanyakan kesnya, dia menang walaupun ada sesetengah kes yang dia rasa berat untuk menang, Anwar Ibrahim menarik balik kes.

Antara ikan bilis yang disamannya dan dia menang ialah seorang lelaki yang dikatakan blogger Papagomo. Kes samannya masih lagi berterusan tetapi dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015, apakah mahkamah yang menguruskan kes saman Anwar ke atas individu berkenaan akan 'over-ruled' keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015?

Begitu jugalah dengan saman RM50 juta yang dibuat oleh mangsa liwat Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan.

Mhakamah Tinggi Kuala Lumpur telah menetapkan beberapa tarikh perbicaraan untuk mendengar saman RM50 juta Mohad Saiful Bukhari Azlan terhadap Anwar Ibrahim. Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan telah menetapkan tarikh pada 10 sehingga 14 Ogos serta 17, 18, 21, 24 dan 25 Ogos di dalam kamar hari ini.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk meminda pernyataan tuntutan dalam saman RM50 jutanya terhadap banduan liwat tersebut.

Pesuruhjaya Kehakiman, Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu di dalam kamarnya selepas mendengar hujahan peguam Zamri Idrus yang mewakili Mohd Saiful dan Shahid Adli Kamarudin yang mewakili Anwar.

Zamri memberitahu media bahawa mahkamah memerintahkan Anwar memfailkan pernyataan pembelaan pindaan sebelum 23 Februari dan mahkamah menetapkan 13 Mac untuk pengurusan kes.

Pada 16 Januari lepas Mohd Saiful memfailkan permohonan untuk meminda peryataan tuntutannya itu bagi memasukkan butiran terperinci berhubung dakwaan fitnah oleh Anwar mengenai laporan polis yang dibuat oleh Mohd Saiful mengenai kejadian liwat, enam tahun lepas.

Pada 23 Jun tahun lepas, Mohd Saiful, 30, memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM50 juta selepas mendakwa beliau mengalami kesakitan fizikal dan menanggung penderitaan sejak 2008 sehingga kini akibat diliwat oleh Anwar.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Saiful mendakwa Anwar menuduh laporan polis yang dibuat pada 28 Jun 2008 mengenai kejadian liwat itu sebagai satu fitnah dan konspirasi terhadap Anwar.

Mohd Saiful juga mendakwa beliau tidak pernah berbohong dengan kandungan laporan polis itu yang menyatakan Anwar telah meliwatnya dan kali terakhir kejadian itu berlaku pada 26 Jun 2008, di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, di sini.

Mohd Saiful mendakwa beliau telah dipandang rendah oleh masyarakat yang mempercayai tuduhan Anwar terhadapnya, dicemuh di laman-laman sosial dan telah mengalami tekanan teruk akibat daripada fitnah dan kejadian liwat itu.

Sehubungan itu, Mohd Saiful memohon ganti rugi RM50 juta, ganti rugi am, khas, teruk, faedah, kos dan lain-lain relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Anwar dalam pernyataan pembelaan yang difailkan 8 Okt tahun lepas menafikan beliau meliwat Mohd Saiful dan berkata dakwaan liwat itu adalah tidak benar kerana menurutnya kejadian itu tidak pernah berlaku - mSTAR
Dengan berakhirnya kes liwat dan Anwar Ibrahim didapati bersalah kerana meliwat pembantu peribadinya, kes saman RM50 juta ini menjadi lebih menarik.

Ianya kerana tuntutan yang dibuat oleh Saiful Bukhari adalah berdasarkan kepada bukti-bukti yang telah dibentangkan di dalam Mahakamah Persekutuan yang telah menjatuhkan hukuman ke atas KETUM Anwar Ibrahim.

No comments:

Post a Comment