Pertemuan antara bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang di Jakarta, sudah menjadi rahsia terbuka. Sekaligus membuka satu lagi perdebatan dan andaian bahawa politik negeri Selangor bakal berkocak sekali lagi, di tengah-tengah kehangatan politik dalaman UMNO dan PAS.
Khalid Ibrahim sekarang merupakan ADUN Bebas yang telah disingkirkan dari PKR selepas Langkah Kajang yang mahu menyelamatkan Anwar Ibrahim dan memenangkan Wan Azizah Wan Ismail sebagai ADUN Kajang.
SUARA.TV melaporkan, Khalid Ibrahim akan menyertai PAS dalam tempoh terdekat. 5 orang ADUN PKR juga dikatakan akan keluar PKR dan kembali menyokong Khalid Ibrahim. Khalid Ibrahim pula dilihat sudah pun mendapat sokongan daripada 12 orang ADUN UMNO dan hampir keseluruhan ADUN PAS kecuali Morib dan Hulu Kelang.
Ianya mungkin satu khabar angin semata-mata bagi tujuan-tujuan tertentu tetapi melihat kepada senario terkini ianya mungkin bukan khabar angin sebaliknya satu realiti.
Menurut SUARA.TV, keputusan tersebut akan diumumkan hari ini apabila Khalid Ibrahim pulang dari Jakarta. Difahamkan juga, Khalid Ibrahim dan Hadi Awang akan pulang secara berasingan dari Jakarta.
Mai kocak, jangan tak kocak. Kita nak tengok macam mana DAP kena kocak. Selama ini dia saja dok kocak orang lain.
ReplyDeleteKocak sampai pancut bang!.
Sepatutnya wakil Pas yng jadi MB tapi sbb parti pas parti penakut dan kononnya bertahalul siyasi jadilah Azmin MB.Sedangkan Azmin jadi MB tapi Dap yang perintah .itulah pengundi kat Selangor ni ,kononnya nak ubah ini kalilah,so berubah sangatlah ,sampah apa cer..? Denggi apa cer? Gaji guru kafa apa cer? Tu belum lagi air asyik gangguan2 tak sudah2. Setahu saya sejak parti pembangkang ni memerintah gangguan air dah berpuluh2 kali
ReplyDelete