Pages - Menu
▼
Monday, 6 April 2015
AWAS!!! LELAKI INI CUBA MENYAMAR SEBAGAI POLIS INTERPOL DAN KEJADIAN BERLAKU DI PADANG BESAR!
Seorang individu berjaya diberkas di Imigresen Padang Besar apabila dia didapati menyamar sebagai pegawai polis Interpol. Dia yang memperkenalkan diri sebagai seorang pegawai polis Interpol telah menahan kenderaan awam dan apabila diminta kad kuasa, dia hanya menunjukkan sekeping kad pengenalan awam dan sekeping kad Poltera palsu.
Seandainya ada yang menahan anda dalam sekatan jalanraya yang mencurigakan atau didatangi oleh individu yang mengaku sebagai polis Interpol, sila minta mereka tunjukkan kad kuasa.
Menyamar sebagai penjawat awam merupakan satu kesalahan jenayah. Mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan, sekiraya didapati bersalah, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan didenda.
BILA KANUN KESEKSAAN DIPINDA MENJADIKAN SEK 457 MENYAMAR PENJAWAT AWAM ? ? ?
ReplyDeleteoooo menyamar penjawat awam..sek 170 Kk...sek 457kk pecah rumah curi..
ReplyDeletePolictera bukan polis interpool la..
ReplyDeletetelah diperbetulkan... terima kasih
ReplyDeleteTQ JUGAK BRO.
Delete